Kegiatan kokurikulum bermaksud apa-apa kegiatan yang dirancang daripada proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk mengukuh dan menambah serta mengamalkan kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah. Gerak kerja kokurikulum ini hendaklah dilaksanakan secara terancang di pelbagai peringkat sama ada peringkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
Cabaran KRS merupakan inisiatif penting yang dilaksanakan oleh KPM dengan sokongan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk ahli-ahli KRS dan TKRS semasa dunia menghadapi pendemik Coronavirus (Covid-19) untuk memberi peluang kepada murid mempamerkan kemahiran teknologi maklumat di samping membuat perkongsian kemahiran dan pengalaman yang ada pada murid. Pelaksanaan program ini diharap dapat memberi ruang kepada murid untuk berkongsi kemahiran ilmu pasukan badan beruniform walaupun pelaksanaan aktiviti secara berpusat seperti perkhemahan, kursus, dan sebagainya tidak dilaksanakan.
Memupuk disiplin, sahsiah, jati diri, kepimpinan serta penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan murid sekolah;
Berkongsi kemahiran ilmu pasukan badan beruniform yang dipelajari daripada guru dan jurulatih;
Melahirkan murid yang kreatif dan inovatif serta mempraktikkan kemahiran pembelajaran teknologi maklumat; dan
Mengaplikasikan kaedah pembelajaran abad ke-21 dalam aktiviti KRS dan TKRS.
Cabaran KRS dijalankan dalam dua (2) peringkat iaitu peringkat negeri dan peringkat kebangsaan. Pelaksanaan di peringkat negeri akan diuruskan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) manakala program peringkat kebangsaan akan dikelolakan oleh Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Tarikh pertandingan ini dijalankan adalah seperti berikut:
a. Peringkat Negeri : 16 Ogos hingga 14 September 2021
b. Peringkat Kebangsaan : 23 Sept. hingga 30 September 2021
Pertandingan ini melibatkan acara individu sahaja. Tiada acara berkumpulan dijalankan.
(sila klik pada acara di bawah)