Kelab TEXSAS telah ditubuhkan pada tahun 2012. Kelab ini merupakan kelab di bawah naungan Program Diploma Teknologi Tekstil dimana tertubuhnya kelab ini adalah untuk memenuhi visi dan misi teguh kelab disamping menjadi medium untuk para pelajar bergiat aktif serta berkomunikasi diantara satu sama lain. Singkatan TEXSAS merujuk kepada 'Textile Society of Applied Science'. Dalam pada itu, setiap pelajar tekstil akan mendapat keahlian mereka secara automatik. Walaubagaimanapun, keterlibatan para pelajar yang bukan daripada program ini di dalam aktiviti-aktiviti anjuran kelab adalah amat dialu-alukan. Akhir kata, diharapkan penubuhan kelab TEXSAS dapat menghebahkan lagi informasi berkaitan bidang tekstil sekali gus menaikkan nama teknologi tekstil di dalam Malaysia.
Pencapaian di NSIEx2021
Sekumpulan pelajar jurusan Diploma Teknologi Tekstil telah menyertai Negeri Sembilan International Exposition 2021 (NSIEx2021). Pertandingan ini merupakan anjuran Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni. Tujuan pertandingan ini adalah untuk membentangkan berkaitan informasi, inovasi atau hasil penyelidikan. Pada 4 Oktober 2021, keputusan pertandingan telah diumumkan dan dengan bangganya penyertaan kali ini telah mendapat ketegori perak bagi kedua-dua projek.
Go Digital Asean Ambassadors
Sekalung tahniah dan penghargaan diucapkan kepada semua Alumni & Pelajar UiTM Cawangan Negeri Sembilan yang telah berjaya dipilih sebagai Duta bagi program Go Digital Asean Ambassadors.
Pengambilan UPU Sesi 1/2021
Pihak TEXSAS ingin terlebih dahulu mengucapkan jutaan tahniah dan selamat datang kepada semua pelajar baharu yang telah mendapat keputusan UPU. Disini, kami ingin mengambil peluang untuk mengumpul pelajar-pelajar baharu Diploma Teknologi Tekstil Dan Pakaian bagi memudahkan segala urusan dan menjawab pertanyaan mengenai kursus ini.
PROGRAM BERKALA ANJURAN PERSATUAN TEXSAS
Mesyuarat Tahunan diadakan pada setiap tahun bagi memperkenalkan ahli-ahli Jawatankuasa Majlis Tertinggi (MT) dan barisan exco supaya para pelajar cakna orang yang boleh dirujuk.
Bertujuan bagi memberi peluang para alumni jurusan Diploma Teknologi Tekstil untuk berkongsi pandangan, pendapat serta pengalaman kepada para mahasiswa dan mahasiswi yang masih menuntut di universiti.
Program 'One Cut Above' (OCA) merupakan program bersiri yang merupakan salah satu inisiatif dari Persatuan TEXSAS UiTM Kampus Kuala Pilah untuk mendedahkan kepada mahasiswa pelbagai kemahiran tambahan.