PENCAPAIAN DI NSIEx2021
Alhamdullilah, pada 4 Oktober 2021 yang lalu penyertaan daripada pelajar Diploma Teknologi Tekstil bersama seorang pensyarah tekstil berjaya mendapat anugerah di Negeri Sembilan International Exhibition 2021 (NSIEx2021). Mereka menghantar dua penyertaan dan kedua-duanya telah berjaya mendapat tempat dalam kategori perak. Sekalung tahniah diucapkan kepada yang terlibat kerana telah mengharumkan lagi nama Teknologi Tekstil di mata dunia. Diharapkan akan lebih banyak penyertaan dan pencapaian yang memberangsangkan daripada kalangan pelajar Teknologi Tekstil pada masa akan datang. Semoga pencapaian ini dapat menjadi pembakar semangat untuk pelajar-pelajar lain untuk mencuba sesuatu yang baharu bagi mengembangkan lagi potensi diri masing-masing.