Takaful bermaksud suatu persetujuan yang berdasarkan kepada pertolongan bersama di mana peserta-peserta Takaful bersetuju untuk menyumbang ke dalam suatu dana yang akan memberi manfaat kewangan yang akan dibayar kepada peserta-peserta Takaful atau kepada waris mereka sekiranya berlaku perkara-perkara yang telah dipersetujui terlebih dahulu.
Takaful adalah konsep insurans Islam yang mematuhi etika dan ketelusan garis panduan Syariah yang melarang ketidakpastian (Gharar), perjudian (Maisir) dan faedah (Riba).Perkataan Takaful berasal dari perkataan Arab Kafala yang bermaksud untuk menjamin,untuk membantu atau untuk menjaga keperluan sesama insan.
Setiap peserta yang dilindungi menyumbang atas dasar Tabarru`(sumbangan) ke dalam dana yang akan digunakan untuk membantu semasa diperlukan.
Apabila pemegang polisi takaful ditimpa bencana seperti dimasukkan ke hospital akibat sakit kritikal,hilang upaya kekal atau cacat kekal atau lain-lain perkara yang dipersetujui dengan syarikat takaful,syarikat takaful akan akan membayar sejumlah wang pampasan kepada pemegang polisi itu sendiri.
Selain itu,apabila berlaku kematian ke atas pemegang polisi,sejumlah wang pampasan akan dibayar kepada waris pemegang polisi tersebut.
Takaful adalah Satu Skim Insuran berlandaskan prinsip Islam dengan menggunakan konsep tabung derma.
Contoh : A, B, C dan D menderma didalam satu tabung sebanyak RM1,000 seorang.Maka,didalam tabung terdapat RM4,000.Jika berlaku musibah kepada A,sejumlah Nilai Pampasan akan dikeluarkan untuk membantu A.
"Hibah Takaful terpakai untuk Orang Islam dan Bukan Islam."
1.Untuk Kelansungan Hidup Orang Yang Tersayang.
Setelah kematian suami,si isteri akan memikul tanggungjawab mencari nafkah untuk anak-anak.“Ketika inilah instrument kewangan Hibah berfungsi.Wang segera untuk isteri survive sementara menunggu pembahagian harta pusaka (jika ada),yang kadangkala memakan masa yang sangat lama..”