PENGENALAN SYARIKAT


Dalam tahun 2005,Maybank Fortis(Ageas),sektor insurans dan takaful Maybank yang merangkumi Mayban General Assurance,Maybank Life Assurance dan Maybank Takaful bergabung dengan Malaysia National Insurance Berhad, syarikat insurans kebangsaan terbesar dan subsidiarinya,Takaful Nasional Sdn Bhd,operator Takaful terunggul di Malaysia. Penggabungan ini melonjak kedudukan Maybank Fortis(Ageas) sebagai syarikat insurans kedua terbesar di Malaysia.


Pada akhir tahun 2007,usaha penggabungan dengan Malaysia National Insurance dan Takaful Nasional telah membawa kepada perubahan jenama untuk keseluruhan kumpulan insurans dan takaful ini kepada jenama - Etiqa.Etiqa manjadi jenama utama untuk semua perniagaan insurans dan takaful di bawah Maybank Fortis(Ageas). Kelima-lima entiti perniagaan kini dikumpulkan di bawah 2 subsidiari utama, masing-masing untuk insurans dan takaful - Malaysia National Insurance Berhad kini dikenali sebagai Etiqa Insurance Berhad dan Takaful Nasional Sdn Bhd kini dikenali sebagai Etiqa Takaful Berhad.


Etiqa berpegang teguh kepada landasan jenamanya iaitu menginsakan insurans dan takaful.Di dalam industri yang mana perjanjian dipenuhi dengan salinan dan tulisan-tulisan kecil,Etiqa menginsankan proses ini dengan membuat perubahan melalui ketelusan,kekuatan dan kejujuran.Dengan asas yang padu,Etiqa mempunyai kemampuan untuk bekerjasama dengan para pelanggan dan menjadi kehidupan mereka lebih bermakna.


Disokong oleh bank terbesar di Malaysia,keutuhan kewangan Etiqa menjadikannya lebih bersedia untuk menjadi syarikat insurans dan takaful terunggul di Malaysia.Etiqa telah pun berada di kedudukan teratas untuk perniagaan Takaful dengan pegangan pasaran sebanyak 44% pada tahun 2010.Etiqa juga berada di tangga pertama dalam perniagaan insurans dan takaful hayat/keluarga (perniagaan baru) dan am.


Sejak dilancarkan pada tahun 2007,Etiqa terus mendapat pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa sebagai bukti keunggulannya di dalam industri ini.Etiqa telah memenang anugerah '‘Best Takaful Marketing’ di International Takaful Awards 2008 di London,anugerah ‘Most Outstanding Takaful Company’ di Kuala Lumpur Islamic Finance Forum 2008 and sekali lagi pada tahun 2009, anugerah ‘Best Brand in Services – Insurance and Takaful’ di Brand Laureate Award Night 2009 di Kuala Lumpur dan anugerah ‘Best Bancatakaful’ di International Takaful Awards 2009 di London.Pada tahun 2017,Etiqa terus dianugerahkan award "Best Takaful Operator In Malaysia.


Pada tahun 2018,bagi menyokong Akta Perkhidmatan Kewangan Bank Negara Malaysia 2013,Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013,dan untuk berkhidmat dengan lebih baik kepada pemegang kepentingan syarikat,Etiqa telah menjadi empat organisasi:


Etiqa General Insurance Berhad (EGIB)

Etiqa Life Insurance Berhad (ELIB)

Etiqa General Takaful Berhad (EGTB)

Etiqa Family Takaful Berhad (EFTB)


Disclaimer:

Maklumat di dalam website ini adalah perkongsian ilmu berdasarkan pengetahuan saya sebagai agen yang mewakili Etiqa Family Takaful Berhad dan bukan sebahagian daripada sijil.Pehak syarikat tidak bertanggungjawab sekiranya terdapat salah faham terhadap perkongsian ini.Oleh itu,anda dinasihatkan untuk berhubung terus dengan saya bagi mendapat penerangan lebih terperinci.Penerangan adalah PERCUMA dan tiada paksaan untuk anda menyertai takaful dengan saya.Keputusan 100% terletak di tangan anda.