KELEBIHAN HIBAH TAKAFUL
Pampasan kematian boleh diserahkan terus kepada penama (penerima hibah) TANPA perlu melalui proses tuntutan faraid dan wasiat…
Tuntutan Faraid atau Wasiat ni, makan masa tuan-tuan dan puan-puan…Boleh jadi tahun atau bertahun-tahun, baru settle..
TETAPI kalau tuntutan HIBAH ni dalam 30++ hari jer prosesnya (jika semua dokumen tuntutan complete)
Kalau suami dah bubuh nama isteri sebagai Penerima Hibah, maka 100% pampasan kematian tu akan jadi milik isteri 100%....
Kalau tak, isteri hanya layak 1/8 sahaja (bukannya 100%) daripada amaun tu…. Duit KWSP suami (sebagai contoh), jika suami meninggal, maka isteri hanya layak terima 1/8 sahaja. KWSP laksana konsep PENAMA (bukan hibah).
Penama dalam KWSP hanyalah sebagai Pemegang Amanah Sahaja….
Jangan ingat, bila suami dah tiada, senang-senang boleh tuntut duit KWSP suami gitu sahaja… Lebih-lebih lagi kalau suami tak bubuh PENAMA dalam rekod dengan KWSP.
HIBAH ni dalam bahasa Arab… Bahasa melayu nya Hadiah… Maksudnya di sini, apa benda atau barang apa yang kita nak bagi kepada orang yang kita sayang. Itu la hadiah atau HIBAH namanya.
Kalau HIBAH TAKAFUL pula, bahasa mudahnya untuk kita faham adalah merujuk kepada PAMPASAN KEMATIAN yang ada dalam Polisi Takaful yang kita ambil tu nak dihadiahkan atau nak diserahkan kepada siapa setelah kita meninggal (mati la senang cakap).
Satu perkara yang amat penting dalam HIBAH TAKAFUL adalah ianya tidak melalui proses tuntutan Faraid yang merumitkan dan memakan masa bertahun-tahun.
Biasanya, tuntutan melibatkan HIBAH TAKAFUL akan memakan masa 30 hari sahaja.
Selalunya pampasan kematian/hadiah/hibah takaful ni kita bagi kepada waris terdekat.