Saya NUR FIRDAUS BIN SULAIMAN adalah seorang perunding takaful yang berdaftar dengan AIA PUBLIC TAKAFUL BERHAD. Mempunyai pengalaman di dalam bidang takaful selama 10 tahun. Saya adalah seorang Pengurus Agensi di bawah ILTIZAM ADVISORY yang terletak di Kajang, Selangor. Perkhidmatan yang saya berikan adalah berkenaan pengurusan risiko melibatkan individu mahupun syarikat atau organisasi. Jika anda berjumpa dengan saya, anda akan diberikan laporan analisis kewangan melibatkan perancangan kewangan anda. Ya, ianya PERCUMA dan anda akan tahu berapakah jumlah perlindungan takaful yang tepat yang perlu anda ambil berdasarkan keperluan dan kesihatan kewangan anda.
KENAPA ANDA PERLUKAN TAKAFUL HARI INI?
PERSEDIAAN MEMBAYAR BIL HOSPITAL
MELINDUNGI PENDAPATAN ANDA JIKA BERLAKU MUSIBAH
PERSEDIAAN KEWANGAN JIKA BERLAKU CACAT KEKAL
PERSEDIAAN KEWANGAN JIKA DISAHKAN PENYAKIT KRITIKAL
PERSEDIAAN KEWANGAN YANG CUKUP UNTUK KELUARGA JIKA BERLAKU KEMATIAN
MELINDUNGI DUIT SIMPANAN SUPAYA TIDAK DIGUNAKAN JIKA BERLAKU MUSIBAH
PERSEDIAAN KEWANGAN DANA PENGURUSAN HARTA PUSAKA
Insurans berkait rapat dengan konsep pemindahan risiko (risk transfer) atau kadang-kala disebut juga sebagai perkongsian risiko (risk sharing). Ini bermakna selepas kita membayar bayaran insurans, risiko kerugian akan ditanggung oleh syarikat insurans.
Ada sebahagian yang lain pula mengatakan bahawa insurans ini satu bentuk perlindungan daripada sebarang risiko kerugian.
Contohnya, sekiranya kita mengambil insurans kesihatan, risiko bebanan kewangan sekiranya kesihatan anda terjejas akan ditanggung oleh syarikat insurans. Syarikat insurans akan menanggung kos perubatan dan bebanan kewangan tidak akan ditanggung oleh pemegang insurans.
Konsep insurans difatwakan haram kerana ada unsur gharar atau ketidakpastian apabila pemegang insurans membayar untuk sesuatu yang tidak pasti. Pemegang insurans sendiri tidak tahu samada bayaran insurans itu akan dibalas dengan apa-apa manfaat.
Selain daripada itu, insurans juga seperti judi kerana pemegang insurans membayar bayaran yang kecil dan mengharapkan wang yang lebih besar. Samada peserta hilang wang sekiranya tiada tuntutan atau syarikat insurans hilang wang untuk membayar tuntutan.
Industri insurans sudah lama bertapak kukuh di Malaysia sebelum konsep takaful diperkenalkan. Justeru, industri insurans lebih terkehadapan dalam menawarkan polisi insurans yang menyeluruh.
Ramai yang menganggap takaful dan insurans menggunapakai konsep yang sama. Namun begitu, takaful pula mempunyai konsep yang berbeza. Konsep takaful lebih kepada tolong-menolong di antara pemegang polisi takaful itu sendiri.
Pemegang polisi takaful akan menyumbang bayaran polisi yang akan dikumpul bersama ke dalam satu tabung kewangan yang besar. Sekiranya ada ahli yang memerlukan bantuan, wang akan disumbangkan dari tabung kewangan itu.
Konsep tolong-menolong ini mempunyai makna yang lebih mendalam dalam hidup bermasyarakat. Sekiranya pemegang polisi takaful dalam kesusahan insyaAllah bantuan akan sampai. Namun tuntutan hanya terhad bergantung kepada polisi takaful.
Perkembangan industri takaful dilihat mampu untuk melindungi kewangan dan ekonomi umat Islam melalui konsep tolong-menolong yang sangat dituntut dalam Islam. Takaful ini selari dengan kempen #BuyMuslimFirst dalam meningkatkan ekonomi umat Islam.
Disebabkan itu, kita digalakkan untuk menyumbang ke dalam tabung takaful ini. Niatkan sumbangan wang kita untuk tolong-menolong sesama umat Islam. Sekiranya kita tidak membuat sebarang tuntutan sekalipun, percayalah sumbangan kita akan dibalas di akhirat kelak.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-89 yang bersidang pada 14 – 16 Disember 2009 telah membincangkan Hukum Mempromosikan Produk Insurans Konvensional Menurut Perspektif Syariah. Muzakarah berpandangan bahawa sistem takaful berlandaskan syariah sedang pesat berkembang dan memerlukan sokongan umat Islam dalam usaha untuk memartabatkan sistem muamalat Islam. Sehubungan itu, Muzakarah memutuskan bahawa orang Islam adalah dilarang mempromosikan produk insurans konvensional yang jelas berasaskan sistem riba. Walau bagaimanapun, pendapatan atau komisyen yang diterima dalam proses transisi dari sistem konvensional kepada takaful adalah dimaafkan.
Sumber: https://www.majalahlabur.com/takaful/perbezaan-takaful-dan-insurans/
ADAKAH MENCARUM TAKAFUL ITU MEMBAZIR?
Pemegang polisi takaful akan menyumbang bayaran polisi yang akan dikumpul bersama ke dalam satu tabung kewangan yang besar. Sekiranya ada ahli yang memerlukan bantuan, wang akan disumbangkan dari tabung kewangan itu.
Konsep tolong-menolong ini mempunyai makna yang lebih mendalam dalam hidup bermasyarakat. Sekiranya pemegang polisi takaful dalam kesusahan insyaAllah bantuan akan sampai. Namun tuntutan hanya terhad bergantung kepada polisi takaful.
Tujuan pampasan ini adalah sebagai penggantian pendapatan kita apabila berlaku kematian atau cacat kekal terhadap orang yang dilindungi. Sebagai contoh jika seorang suami meninggal dunia, duit pampasan kematian akan diserahkan kepada isteri bagi mereka meneruskan kelangsungan hidup.
Begitu juga jika seorang ketua keluarga ditimpa kecacatan kekal, sudah tentu beliau tidak boleh bekerja dan dari mana sumber pendapatan seterusnya?
Maka pampasan dari sumbangan takaful boleh digunakan untuk meneruskan kehidupan seperti sediakala.
Apabila kita sudah ditimpa penyakit kritikal dan tidak boleh bekerja lagi, di sinilah bergunanya pampasan takaful yang dicarum. Apabila kita sakit pasti memerlukan kos tambahan untuk rawatan perubatan, di sinilah pampasan penyakit kritikal akan memainkan peranan sebagai penyelamat.
Jangan lupa apabila sakit dan tidak boleh bekerja, pembiayaan perumahan, sewa beli dan peribadi masih perlu dijelaskan seperti biasa. Pampasan penyakit kritikal ini pula terbahagi kepada dua iaitu Pampasan Penyakit Kritikal yang hanya melindungi ketika di peringkat akhir dan juga Pampasan Penyakit Kritikal Komprehensif yang melindungi sejak dari peringkat awal lagi.
Contoh penyakit kritikal adalah seperti kerosakan buah pinggang, kanser, dan Parkinson
Fungsi kad ini adalah bagi kemasukan ke hospital swasta bagi mendapatkan rawatan. Kos rawatan di hospital amat mahal dan di sinilah kad perubatan akan memainkan peranan.
Kadang-kadang kita inginkan sedikit keselesaan untuk mendapatkan rawatan, jadi hospital swasta yang akan menjadi pilihan. Tetapi tidak salah ke hospital kerajaan, cuma mungkin perlu menunggu giliran yang agak panjang untuk berjumpa doktor kerana bilangan pesakit yang ramai.
Jika ada bajet, bolehlah dapatkan manfaat kad perubatan tetapi jika tiada bajet; kita boleh saja ke hospital kerajaan kerana caj perkhidmatannya yang minima.
Kita perlu tahu sampai bila kita akan dilindungi oleh polisi takaful. Sama ada sehingga umur 60 tahun, 70 tahun, atau 80 tahun.
Satu kajian yang dijalankan oleh Universiti Harvard berkenaan jangka hayat penduduk Malaysia menemukan secara purata, jangka hayat lelaki adalah pada umur 73 tahun manakala perempuan adalah pada umur 79 tahun.
Jadi buatlah pilihan yang terbaik.
Setiap bulan bayar RM200, jadi bila sampai tempoh matang berapa yang kita akan dapat? Ini mungkin di antara pertanyaan yang sering bermain di fikiran kita apabila ingin mengambil polisi takaful.
Untuk makluman, nilai tunai (cash value) yang akan kita dapat adalah sangat sedikit. Itu pun jika ada, silap-silap kita tak dapat apa-apa. Ianya disebabkan tujuan takaful adalah untuk perlindungan bukannya untuk simpanan atau pelaburan.
Sumbangan bulanan yang kita bayar akan dimasukkan ke dalam tabung tabarru’ yang akan digunakan untuk membantu peserta takaful lain yang ditimpa musibah. Begitu juga halnya jika kita pula yang ditimpa musibah.
Di sinilah kelebihan takaful di mana setiap peserta akan saling bantu-membantu di antara satu sama lain.
Selain itu juga, nilai tunai mungkin akan digunakan untuk menampung kenaikan bayaran bulanan atau jika kita ‘lapsed’ bayaran bulanan.
Apabila membuat polisi, ejen akan bertanya siapa yang akan mendapat manfaat apabila berlaku kematian. Di sini kita perlu jelas berkenaan penama dan hibah.
Penama adalah pihak yang bertanggungjawab untuk mentadbir pampasan tersebut mengikut hukum faraid.
Manakala hibah pula adalah hadiah dari pihak yang dilindungi kepada penerima hibah, bermakna penerima hibah adalah pemilik mutlak pampasan tersebut.
Sekarang dah tahu perkara yang perlu kita ambil tahu sebelum mengambil polisi takaful? Pastikan mengambil polisi atau manfaat yang betul-betul perlu sahaja.
Perkara yang paling penting adalah dengan memastikan ianya sesuai dengan bajet kerana polisi takaful ini adalah bersifat komitmen jangka masa panjang.
Jika kita disahkan menghidapi penyakit kritikal atau kecacatan kekal, macam mana pulak dengan takaful yang kita ambil? Bila dah tak boleh bekerja, nak kena bayar takaful lagi untuk maintain manfaat yang diambil.
Di sinilah pentingnya, perlindungan waiver di mana kita tidak perlu membayar apa-apa apabila ditimpa musibah penyakit kritikal dan cacat kekal sehinggalah tempoh polisi takaful tersebut matang.
Perlindungan ini amatlah penting dan silalah ambil.
Sumber: https://www.majalahlabur.com/takaful/7-perkara-yang-kita-perlu-tahu-sebelum-mengambil-takaful/
Hampir semua syarikat takaful meletakkan tempoh 2 tahun sebagai incostestable period.
Apakah maksud tempoh 2 tahun ini?
Maksudnya, dalam tempoh 2 tahun pertama menyumbang takaful, sekiranya mereka ditimpa salah satu daripada penyakit kritikal seperti sakit jantung dan kanser, syarikat takaful berhak untuk membuat siasatan terhadap penyakit tersebut.
Kebiasaannya proses siasatan mengambil masa yang agak lama dan rumit.
Selepas siasatan dijalankan oleh pihak syarikat, sekiranya didapati penyumbang telah pun menghidapi salah satu daripada penyakit tersebut semasa penyumbang mula-mula mengambil takaful, maka syarikat takaful berhak untuk tidak memberikan pampasan atau membayar kos perubatan penyakit tersebut.
Keputusan sebegini adalah supaya mengelakkan berlakunya penipuan oleh penyumbang yang mengambil takaful apabila telah mengetahui mereka menghidapi penyakit kritikal.
Ini bagi melindungi dana takaful yang disumbang oleh orang lain daripada digunakan oleh penyumbang yang telah sedia sakit semasa mula-mula menyumbang.
Penyumbang yang menyertai takaful selepas mengetahui meraka telah pun mempunyai penyakit, sebenarnya telah menipu syarikat takaful dan semua peserta takaful yang lain untuk manfaat peribadi.
Bayangkan duit yang kita sumbangkan setiap bulan, digunakan untuk mereka yang sengaja sembunyikan penyakit mereka ketika mengambil takaful.
Takkan nak bagi penipu mengambil hak kita dan orang lain yang tolong bayarkan?
Jadi, pastikan sekurang-kurangnya 2 tahun sebelum kita mendapat sakit kritikal, kita ambil takaful.
Untuk kad perubatan, secara umumnya syarikat meletakkan tempoh 6 bulan (paling lama) untuk membolehkan penyumbang menggunakannya (kecuali untuk sakit kritikal)
Jadi dalam tempoh 6 bulan pertama setelah mengambil takaful, masih ada risiko untuk penyumbang tidak dapat menggunakan medical card.
Tetapi banyak juga kes yang terjadi, baru beberapa bulan mengambil takaful medical card (sebelum 6 bulan) tapi terpaksa masuk wad kerana sakit, kemudian syarikat takaful masih membiayai kos perubatan penyumbang tersebut.
Cuma masih ada kemungkinan syarikat tidak menyumbang kerana perlukan siasatan dan sebagainya. Jadi risiko tidak dilindungi syarikat takaful itu ada.
Jadi 6 bulan sebelum nak masuk hospital, pastikan kita telah dilindungi dengan takaful.
Jika hari ini kita ambil takaful, esok ditakdirkan kita meninggal dunia maka jangan risau sebab keluarga kita sudah pun dilindungi. Jadi keluarga kita tidak akan ditinggalkan dengan beban perlu meneruskan kehidupan.
Walaubagaimanapun, sekiranya kita meninggal dunia disebabkan penyak-penyakit tertentu, ia berbalik kepada situasi pertama tadi.
Pihak syarikat takaful berhak membuat siasatan dan memutuskan sama ada keluarga kita layak untuk menerima pampasan kematian atau tidak.
Boleh agak tak bila kita akan pergi buat selamanya?
Sumber: https://www.majalahlabur.com/takaful/tiga-waktu-terbaik-untuk-ambil-takaful/
Setiap pelan perlindungan takaful tidak sama, ianya bergantung kepada jenis pelan dan syarikat takaful tersebut. Amat penting untuk kita ketahui terma dan syarat perlindungan takaful yang kita sertai.
Baca sehingga faham dan tanya kepada ejen jika ada kekeliruan atau keraguan terhadap sesuatu. Kita juga perlu memahami perbezaan di antara pelan penyakit kritikal dan pelan perubatan.
Ketika memohon pelan perlindungan, kita perlu mengesahkan penyakit sedia ada. Siasatan akan dibuat oleh syarikat Takaful berkaitan maklumat yang kita berikan.
Penyakit sedia ada sebelum kita memohon takaful, tidak membolehkan kita membuat tuntutan pada masa yang akan datang dengan penyakit tersebut. Tuntutan insurans pasti akan ditolak.
Borang tuntutan yang kita isi perlulah lengkap dengan jelas dan terperinci berkaitan maklumat yang diperlukan. Jangan tergesa-gesa mengisi borang tersebut tetapi isilah dengan penuh berhati-hati dan lengkap.
Tanpa maklumat lengkap, borang permohonan kita mungkin akan ditolak.
Ramai yang keliru dengan maksud pelan takaful telah luput. Pelan takaful akan luput jika kita terlupa atau gagal membuat bayaran premium bulanan dalam tempoh yang tertentu.
Sudah menjadi tanggungjawab ejen untuk mengingatkan kita membuat bayaran bulanan. Jika tidak membuat bayaran, pelan takaful kita akan luput dalam tempoh tertentu.
Tuntutan takaful juga boleh ditolak sekiranya terlepas tempoh menghantar tuntutan tersebut. Walaupun kita sememangnya layak, tetapi kita terlewat menghantar tuntutan, ianya akan ditolak.
Ini kerana terdapat prosedur dan tempoh bagi persediaan untuk syarikat takaful memproses tuntutan kita.
Perlindungan ditawarkan hanyalah RM100,000 misalnya, tetapi tuntutan kita melebihi jumlah tersebut. Maka, tuntutan insurans akan ditolak. Tuntutan tidak boleh melebihi daripada jumlah perlindungan.
Kita perlu semak sekiranya ada jumlah had perlindungan bagi pelan takaful yang kita ambil dan pastikanya ianya mencukupi.
Selepas baru mendaftar takaful dan berlakunya musibah, kemungkinan tuntutan kita akan ditolak. Ini kerana, terdapat tempoh menunggu selepas pendaftaran kita diterima, ada yang sebulan ada tiga bulan, ada juga lebih daripada itu.
Selepas tempoh menunggu tamat, barulah tuntutan boleh dibuat dan berjaya lulus. Oleh itu, jangan kita berlengah lagi, daftarlah takaful seawal yang boleh. Ketika kita masih muda dan sihat, berbanding apabila kita sudah tua dan sakit.
Kita tak tahu bila kita memerlukan perlindungan, kerana musibah boleh menimpa kita pada bila-bila masa. Sebelum sesuatu yang buruk berlaku, pastikan kita mempunyai perlindungan yang mencukupi.
Fahami betul-betul perkara yang perlu kita semak terutamanya bahagian terma dan syarat, agar proses tuntutan kita nanti akan menjadi lebih mudah dan lancar.
Sumber: https://www.majalahlabur.com/takaful/7-sebab-tuntutan-takaful-ditolak-dan-susah-nak-claim/