ADA BEZA KE TAKAFUL HAYAT VS HIBAH TAKAFUL?


Biasanye ada ejen takaful yang akan cakap dah ada ke ambil hibah takaful?

Ayat ni biasa mereka akan guna kalau anda perasan.


Ok.... saya akan beri pencerahan tentang isu ni. Sebenarnya tiada pelan hibah takaful. Hibah itu sebenarnya adalah mekanisme pemberian kepada seseorang jika berlaku kematian. Kelebihan memilih Hibah di dalam pelan takaful sebenarnya bagus kerana ia boleh memudahkan orang yang disayangi untuk menerima wang tunai dari manfaat takaful itu tanpa perlu menunggu proses pengurusan pusaka selesai. Ini bermakna penerima hibah mempunyai kuasa mutlak terhadap wang yang diterimanya dan tidak termasuk dalam faraid atau dituntut oleh pemiutang. Klausa ini terkandung di dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.


Hibah Takaful - Rujuk Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013

” JADUAL 10 [Seksyen 142],

3 (2) Suatu penamaan oleh peserta takaful menurut subperenggan 2(1) bagi seorang penama untuk menjadi seorang benefisiari di bawah hibah bersyarat, hendaklah, walau apa pun mana–mana undang–undang bertulis, mempunyai kesan memindahkan pemilikan, dan hendaklah memindahkan pemilikan, manfaat takaful yang kena dibayar itu kepada penama itu atas kematian peserta takaful itu dan manfaat takaful sedemikian yang dipindahkan tidak menjadi sebahagian daripada harta pusaka peserta takaful yang mati itu atau tertakluk kepada hutangnya.

Hibah dari pelan takaful terkandung di dalam Akta perkhidmatan kewangan Islam 2013 dimana segala manfaat yang diterima oleh penerima hibah tidak tertakluk kepada harta pusaka dan tidak boleh dituntut oleh pemiutang serta tidak boleh dicabar pembahagiannya. Instrumen hibah ini bukan hanya untuk orang islam, namun ia juga boleh digunakan oleh orang bukan islam.


ANTARA MANFAAT YANG BERADA DI BAWAH PELAN TAKAFUL HAYAT ADALAH:


1) Manfaat tunai akibat kematian biasa atau kemalangan

2) Manfaat tunai akibat cacat kekal

3) Manfaat tunai akibat penyakit ktitikal (Contoh: Kanser, Serangan jantung)