SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BINTANG UTARA , KUALA LUMPUR
Salam sejahtera. Para ibu bapa diminta untuk mengambil buku-buku latihan tambahan murid secara kaedah pandu lalu (drive thru) di pagar B sekolah pada 10/09/2021 ATAU 11/09/2021.
Ketetapan masa adalah seperti berikut :
Tarikh: 10/09/2021
Hari: Jumaat
Masa: 2.30-5.00 petang
Tempat: Pagar B sekolah
Tarikh: 11/09/2021
Hari: Sabtu
Masa: 9.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat: Pagar B sekolah
Kepada ibu bapa yang belum membuat pembayaran wang Tahun 6 sebanyak RM130, tuan/puan diminta membawa wang tersebut pada waktu pemberian buku.
Masukkan wang dalam envelop dan pastikan tuan/puan menulis maklumat di bawah pada envelop tersebut:
1. nama murid
2. nama kelas
*3. jumlah yang dibayar *
Kerjasama para ibu bapa amat dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.