Semakin dekat pada Al-Quran, Semakin dekat pada Hikmah dan Ilmu
Melahirkan insan yang muhsinin sehingga dapat difahami bahawa semua orang yang berbuat baik akan dibalas dengan ilmu oleh Allah Azza Wajalla. Ini berdasarkan ayat 22 dari Suruh Yusuf:
وَلَمَّا بَلَغَ أَشُدَّهُۥٓ ءَاتَيْنَـٰهُ حُكْمًۭا وَعِلْمًۭا ۚ وَكَذَٰلِكَ نَجْزِى ٱلْمُحْسِنِينَ
"Dan tatkala dia cukup dewasa, kami berikan kepadanya hikmah dan ilmu. Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik."
Ini bermakna, usaha untuk mencapai kejayaan dalam akademik mestilah seiring dengan peribadi sahsiah yang mulia.
LAGU RASMI SEKOLAH
Kerana Allah kita bersatu
Kerana Al-Quran kita bertemu….
Oh tuhanku, Lindungilah Rahmatilah
Murabbi kami…
[Chorus 2x kali]
Lisan kami untuk Zikrullah
Hati kami Memuji Allah…
Ilmuan kami, Tahfiz Nur Hikmah
Kami Hafiz Fisabilillah
Fisabilillah junjungan dustar Ilahi…
Muliankanlah Muliakanlah
Peribadi kami…
Sayangilah Ibubapa kami…
Siang dan malam Al-quran dibaca
Kaji dan Fahami
Itu Jiwa Kami
Itu Jiwa Kami
BIODATA MAAHAD TAHFIZ NUR HIKMAH
Tarikh Penubuhan : 2014
Bilangan pelajar yang terkini : 130 orang
Maklumat Am
Maahad Tahfiz Nur Hikmah (MTNH) diasaskan oleh Tuan Haji Mehamad Manja dengan kerjasama ahli lembaga penasihat MTNH Nur Hikmah. Ia beroperasi di tapak milik persendirian beralamat di Lot 2330-1-18, Jalan 8, Kampung Tengah Tambahan, Taman Melati. MTNH Nur Hikmah merupakan sebuah sekolah tahfiz persendirian (swasta) yang berteraskan sistem Pendidikan Islam merangkumi Hafalan Quran dan Akademik mengikut silibus Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Maahad Tahfiz Nur Hikmah mengintegrasikan segala ilmu yang dipelajari dengan Islam berdasarkan al-Quran, as-Sunnah, Ijma’ dan Qias tanpa ada pemisahan antara duniawi dan ukhrawi.
Penubuhan Tahfiz Nur Hikmah ini bertujuan melahirkan generasi muda penghafaz Al- Quran, menguasai ilmu akademik seiring berketerampilan sebagai pendakwah muda melalui kepimpinan yang dibentuk. Pembelajaran dan pengajaran juga menggunakan Teknik QURANIK bersemuka bertujuan meningkatkan keupayaan semasa pelajar dalam merangkumi semua aspek pembelajaran. MTNH Nur Hikmah juga ditubuhkan untuk menampung keperluan masyarakat terhadap ilmu pengajian agama secara lebih sistematik untuk mereka.
Sistem pengajian di Maahad Tahfiz Nur Hikmah merangkumi Hafazan, Akademik & Diniyyah. Beroperasi sepenuh masa dengan menempatkan pelajar-pelajarnya di asrama penuh yang dilengkapi dengan prasarana yang lengkap.
VISI
Melahirkan generasi huffaz Muhsinin Al-Quran dan Profesional dalam Akademik.
MISI
Membentuk huffaz mahir Al-Quran, Ilmuan bertaqwa dan berkeperibadian yang tinggi demi memenuhi Aspirasi Keluarga dan Ummah.
MOTO
Berakhlak dan Berilmu