Maahad Tahfiz Nur Hikmah (MATNUH)
Maahad Tahfiz Integrasi Al-Quran dan Akademik (Huffaz Profesional)
Maahad Tahfiz Integrasi Al-Quran dan Akademik (Huffaz Profesional)
Maahad Tahfiz Nur Hikmah merupakan sebuah sekolah tahfiz persendirian dibawah Jabatan Agama Islam JAIS yang berteraskan sistem Pendidikan Islam dan mencipta satu model Quranik bagi penghafaz Al-Quran dan menguasai Akademik seiring melahirkan generasi muda berketerampilan sebagai pendakwah muda melalui kepimpinan yang dibentuk. Disini para pelajar akan dibantu untuk fokus mencapai misi Hafiz/Hafizah 30 Juz Al-quran dan Akademik (Fast track SPM).
Di Maahad Tahfiz Nur Hikmah, Setiap para penghuffaz adalah permata yang akan digilap menjadi Insan Cemerlang Dunia dan Akhirat. Go fighter, guru-guru akan bantu menjadi Hafiz/Hafizah Profesional
PENCAPAIAN TERBAIK HIFZ AL-QURAN BULANAN PELAJAR LELAKI (BANIN) & PELAJAR PEREMPUAN (BANAT)
1) Bahasa Melayu 1) Pra Hafazan ( Iqra & Hafazan )
2) Bahasa Inggeris 2) Tilawah Dan Syafawi ( Hafazan )
3) Sains 3) Kitab ( Melepasi 30 Juzuk )
4) sejarah
5) Matematik
6) Pendidikan Islam
7) Tasawwur Islam
8) Bahasa Arab
Fast Track 2024-2025
𝗦𝗜𝗔𝗣𝗔 𝗞𝗔𝗧𝗔 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥 𝗧𝗔𝗛𝗙𝗜𝗭 𝗧𝗜𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗦𝗔 𝗗𝗘𝗣𝗔𝗡..
Kami warga Maahad bangga dengan pencapaian para pelajar iaitu Abdul Kifli Bin Azhar dan guru yang mantap. Dua bidang yang kami jadikan sebagai visi iaitu hebat Al-quran, hebat juga akademik supaya para pelajar tidak terhenti hanya di tahfiz, bahkan melangkah masuk ke peringkat yang lebih tinggi iaitu ke menara gading dalam bidang Al-quran ataupun bidang yang diminati. Alhamdulillah bekas (alumni) pelajar kami di Maahad Tahfiz Nur Hikmah dah terbang tinggi dan kini bergelar mahasiswa selepas tamat pengajian disini. Terima kasih atas kepercayaan dan kami doakan semoga terus sukses serta berada dalam lindungan Allah. Terus menjaga adab bersama Al-quran ماشاءالله
Maahad Tahfiz Nur Hikmah menggunakan sukatan pembelajaran Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) iaitu Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi semua mata pelajaran akademik.
Maahad Tahfiz Nur Hikmah mempunyai dua silibus pendidikan iaitu peringkat rendah dan menengah merangkumi darjah 1 sehingga 6 dan tingkatan 1,2,3. Manakalah menangah atas merangkumi fast track SPM (Tingkatan 4 & 5).
Penilaian terhadap pembelajaran murid dilakukan sepanjang tahun. Bagi murid rendah dan tingkatan 1 hingga 4, mereka dinilai melalui penilaian sumatif sebanyak tiga kali iaitu Ujian Penilaian 1, Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun.
Maybank Berhad
564221632196
JEMPUTAN INFAQ/SUMBANGAN ANAK ANAK TAHFIZ MATNUH
Assalamualaikum tuan-puan yang beriman dan budiman. Semoga sihat walafiat, InshaAllah. Pihak kami amat mengalukan infaq jariah / sedekah / wakaf bagi tujuan membangunkan tahfiz di Maahad Tahfiz Nur Hikmah sebagaimana maklumat di dalam lampiran poster. Jazakumullah dan terima kasih. Semoga Allah meredhai kita semua.
Salam hormat Daripada Warga Tahfiz Nur Hikmah. Semoga sudilah tuan-puan fowardkan maklumat ini kepada teman-teman yang lain, syukran.