Nota Terkini Sains KSSM - Sila ke cikguazhar.com
Jadual berkala unsur moden adalah suatu kaedah penyusunan unsur-unsur secara tertib menaik mengikut nombor proton.
Lajur menegak dalam jadual berkala adalah kumpulan.
Lajur melintang dalam jadual berkala adalah kala.
Kumpulan:
Terdapat 18 kumpulan dalam jadual berkala yang dinomborkan dari 1 hingga 18 (rujuk jadual berkala).
Unsur dalam kumpulan yang sama memiliki bilangan elektron valens yang sama dan mempunyai sifat kimia yang sama.
Sifat fizikal unsur menunjukkan perubahan secara beransur-ansur apabila menuruni kumpulan .
Kala:
Terdapat 7 kala dalam jadual berkala.
Unsur disusun dalam susunan menaik mengikut nombor proton dari kiri ke kanan dalam setiap kala.
Unsur dalam kala yang sama memiliki bilangan petala yang sama.
Unsur-unsur dengan perubahan sifat kimia dan sifat fizikal secara beransur-ansur daripada logam kepada bukan logam.
Unsur-unsur di dalam Jadual Berkala terbahagi kepada tiga bahagian:
Logam
Separuh logam
Bukan logam
CONTOH:
Unsur itu adalah Magnesium.
Nombor nukleon Magnesium adalah 24.
Nombor proton Magnesium adalah 12.
Atom Magnesium mempunyai 12 proton, 12 neutron dan 12 elektron.
Nombor proton ialah bilangan proton dalam nukleus suatu atom.
Nombor proton = bilangan proton
Nombor nukleon ialah jumlah bilangan proton dan neutron dalam nukleus suatu atom.
Nombor nukleon = bilangan proton + bilangan neutron
Nombor nukleon = nombor proton + nombor neutron
Elektron disusun mengelilingi nukleus dalam petala elektron.
Elektron memenuhi petala terdekat dahulu dan apabila penuh barulah dalam petala yang berikutnya.
Bagi atom-atom yang memiliki bilangan proton antara 1 hingga 20, petala pertama diisi dengan 2 elektron manakala petala kedua dan ketiga diisi dengan 8 elektron. (Lihat rajah)
Elektron valen: Elektron yang terletak pada petala yang paling luar.
Ion cenderung untuk membentuk susunan elektron yang stabil.
Ini menyebabkan atom neutral perlu membebaskan atau menerima elektron di petala paling luar untuk membentuk susunan elektron duplet atau oktet yang stabil.
Apabila sesuatu atom menerima atau membebaskan elektron, maka atom tersebut akan menjadi zarah bercas yang dipanggil sebagai ion.
Ion positif terhasil apabila atom unsur logam membebaskan elektron.
Ion negatif terhasil apabila atom unsur bukan logam menerima elektron.
Atom Helium memiliki 2 elektron valens maka ia dikatakan mencapai susunan elektron duplet yang stabil.
Atom Neon memiliki 8 elektron valens maka ia dikatakan mencapai susunan elektron oktet yang stabil.
Kebanyakan logam akan membentuk ion positif.
Atom natrium (2.8.1) membebaskan 1 elektron valens untuk mencapai susunan oktet yang stabil.
Ion positif mempunyai bilangan proton yang lebih banyak daripada bilangan elektron.
Ion bercas positif (kation) terbentuk.
Kebanyakan bukan logam akan membentuk ion negatif.
Atom flourin (2.7) menerima 1 elektron valens untuk mencapai susunan oktet yang stabil.
Ion negatif mempunyai bilangan elektron yang lebih banyak daripada bilangan proton.
Ion bercas negatif ( anion ) terbentuk.
Sertai Saluran Telegram Pendidikan - Klik → TeachTarik EduChannel
Sebarang kesilapan sila maklumkan di sini. Terima kasih.