Nota Terkini Sains KSSM - Sila ke cikguazhar.com
Isotop adalah atom-atom unsur yang sama jenis.
Isotop mempunyai:
bilangan proton yang sama tetapi bilangan neutron yang berbeza
nombor proton yang sama tetapi nombor nukleon yang berbeza
Isotop kebiasaannya memaparkan nombor nukleon sahaja.
Sebagai contoh: Hidrogen memiliki 1 proton dan 2 neutron, maka ditulis hidrogen-3.
Nombor nukleon adalah jumlah bilangan proton dan neutron dalam nukleus atom.
Perubatan
Sinar gamma dari kobalt-60 digunakan untuk membunuh sel kanser.
Iodin-131 ini disuntik ke dalam badan pesakit untuk mengesan pembengkakan kelenjar tiroid.
Peralatan perubatan disterilkan menggunakan sinar gamma.
Pertanian
Karbon-14 digunakan untuk mengkaji pengaliran karbon semasa proses fotosintesis tumbuhan.
Makhluk perosak pada tumbuhan dikawal secara mutasi genetik.
Industri
Mengawal ketebalan kertas dalam industri.
Isotop natrium-24 digunakan untuk mengesan kebocoran paip di bawah tanah.
Arkeologi
Radioisotop karbon-14 digunakan untuk mengenal pasti usia artifak purba.
Indutri Makanan
Melanjutkan hayat simpanan makanan menggunakan radiasi gamma untuk memastikan bebas daripada kuman.
Mencegah percambahan kentang dan sayur-sayuran.
Sertai Saluran Telegram Pendidikan - Klik → TeachTarik EduChannel
Sebarang kesilapan sila maklumkan di sini. Terima kasih.