Perisian 3D Di STEAM
Perisian 3D Di STEAM
XPLORASI3D
Penerangan
Xplorasi3D ialah sebuah pembelajaran berasaskan permainan digital (Digital Game-Based Learning – DGBL) yang disyorkan untuk guru dan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran asas pengetahuan sains. Pemain mengumpul aset untuk mendapatkan markah skor, serta Kiub Biru untuk memperoleh mata pengetahuan dan mencetuskan maklumat pembelajaran dalam bentuk infografik. Pada akhir permainan (setiap tahap), pemain akan mengumpul Kiub Merah yang akan mencetuskan Bahagian Kuiz.
XPLORASI3D 2.0
XPLORASI3D 2.0 ialah sebuah pembelajaran berasaskan permainan digital (Digital Game-Based Learning – DGBL) yang disyorkan untuk guru dan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran sains. Pemain mengumpul syiling untuk mendapatkan markah skor dan Kiub Biru untuk memperoleh mata pengetahuan, serta mencetuskan maklumat pembelajaran dalam bentuk infografik dan animasi slaid.
Pada akhir permainan (setiap tahap), pemain akan mengumpul Kiub Merah yang akan mencetuskan Bahagian Kuiz.
RenewEd3D
RenewEd3D ialah sebuah perisian interaktif yang direka bentuk untuk mempertingkatkan Pendidikan Tenaga Boleh Baharu (TBB) melalui Realiti Maya Bukan Imersif (Non-Immersive Virtual Reality). Ia menggabungkan elemen imej, penerangan teks, narasi suara, animasi, dan kuiz bagi memudahkan proses pembelajaran.
Perisian ini bersifat dwibahasa, menawarkan narasi dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu bagi membantu pelajar, khususnya dalam sebutan istilah-istilah sains. Pelajar meneroka kandungan dengan berinteraksi melalui pelbagai modul dan menjawab kuiz di akhir setiap sesi.
Matlamatnya adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang tenaga boleh baharu dengan pendekatan yang menyeronokkan dan bersifat interaktif.