Jawatan: Guru Sains & Fizik
Sekolah: SMJK Poi Lam, Ipoh, Perak
Kelayakan Akademik:
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan
Universiti Sains Malaysia
Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah
Universiti Malaysia Sabah
Sarjana Pendidikan Sains
Universiti Kebangsaan Malaysia
Sedang melanjutkan PhD (Multimedia)
Universiti Malaysia Kelantan
Cikgu Syahir Bahiran Bin Hilmi ialah seorang guru Sains dan Fizik di SMJK Poi Lam, Ipoh, Perak yang aktif dalam pembangunan bahan inovasi pendidikan digital. Beliau berkelulusan dalam Kejuruteraan dari USM, Diploma Pendidikan dari UMS, dan Sarjana Pendidikan Sains dari UKM. Kini, beliau sedang melanjutkan pengajian peringkat PhD dalam bidang Multimedia di Universiti Malaysia Kelantan.
Beliau merupakan pengasas Multipdpkit EdTech, dan telah menghasilkan pelbagai aplikasi pembelajaran seperti Buku Digital (ebook), perisian 2D dan 3D. Beberapa karyanya telah berdaftar di bawah hak cipta MyIPO dan dilengkapi eISBN rasmi.
Sebagai Jurulatih Inovasi peringkat daerah dan penceramah bengkel pembangunan produk digital, Cikgu Syahir komited dalam memperkasa pembelajaran abad ke-21 melalui teknologi dan permainan digital.