PENYATA DASAR
Latihan industri adalah satu syarat wajib bagi pelajar dalam program-program
tertentu di semua peringkat pengajian tinggi di Institut Pengajian Tinggi (IPT) iaitu
peringkat Sijil, Diploma dan Sarjana Muda bagi memenuhi syarat penganugerahan
Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda masing-masing (KPT, 2010).
DEFINISI
Latihan industri (LI) merujuk kepada penempatan pelajar di sesebuah organisasi
untuk menjalankan latihan praktikal yang diselia dalam industri yang dipilih, sama
ada di luar ataupun di dalam negara, dalam jangka masa yang ditetapkan sebelum
mereka dianugerahkan Sijil, Diploma atau Ijazah Sarjana Muda (KPT, 2010). LI
menjadi satu syarat wajib bagi memenuhi syarat penganugerahan Sijil Kolej
Komuniti.