PANDUAN PENULISAN BUKU LAPORAN LATIHAN INDUSTRI
PANDUAN UMUM
1. Buku Log LI disediakan sebagai BUKTI KEHADIRAN dan REKOD KERJA pelajar sepanjang menjalani LI.
2. Laporan harian, rumusan kerja-kerja bulanan, analisa kerja, kesimpulan dan cadangan penambahbaikan terhadap proses kerja sepanjang tempoh LI WAJIB disediakan dan perlu disemak oleh Penyelia di tempat LI pada setiap minggu.
3. Segala butiran yang dimasukkan ke dalam Buku Log LI hendaklah dibuat secara TERATUR, TELITI, JELAS DAN KEMAS.
4. Setiap kerja yang dilakukan perlu ditulis dengan menggunakan AYAT TEKNIKAL.
5. Setiap cuti yang diambil PERLU DIREKODKAN dalam Buku Log LI mengikut format yang disediakan KECUALI cuti hujung minggu (tertakluk kepada negeri masing-masing).
6. Buku Log LI ini adalah dokumen penting dan harus sentiasa ada bersama pelajar dan mestilah ditunjukkan kepada Penyelia di tempat LI atau Pensyarah pemantau apabila mereka mengadakan lawatan.
7. Buku Log LI perlu disemak & ditandatangani oleh penyelia syarikat seminggu sekali bagi memastikan kemajuan pelajar sepanjang menjalani LI.
8. Buku Log LI ini TIDAK BOLEH dihilangkan, dirosakkan atau diconteng sebarangan.