Melaka merupakan sebuah negeri yang kaya dengan mercu tanda bersejarah yang penting, pernah menjadi pusat empayar yang luas pada abad ke-15. Antara mercu tanda yang terkenal ialah Kubu A'Famosa, lebih dikenali sebagai Porta de Santiago, yang terletak di kaki Bukit St. Paul. Pota dalam bahasa Portugis bermaksud Pintu Gerbang. Pintu Gerbang Santiago merupakan salah satu dari empat pintu masuk ke kota Melaka A' Famosa. Pada tahun 1512, pihak Portugis membina kota ini kerana sering diserang oleh tentera-tentera Sultan Mahmud. Pemerintah Portugis menggunakan buruh paksa untuk membina kota selebar 3 meter mengelilingi Bukit Melaka, dari runtuhan Istana, masjid dan makam-makam. Pada tahun 1795, British di Melaka telah merancang untuk memusnahkan kubu ini kerana riasau ia akan digunakan semula semasa Melaka diserahkan kepada Belanda.
VIDEO SEJARAH KOTA A' FAMOSA
PENJELASAN SEJARAH KUBU A' FAMOSA
PENGIKTIRAFAN KOTA A' FAMOSA SEBAGAI TAPAK WARISAN SEJARAH OLEH UNESCO
Lima tempat bersejarah telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai Tapak Wariasan Dunia. Antaranya ialah Bandar Raya Melaka. Hal ini disebabkan terdapat pelbagai reka bentuk rumah dan bangunan yang unik berada di sana. Kubu A' Famosa dan Gereja ST. Paul merupakan dua tempat utama bagi tugasan ini.
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau berkata bahawa pihak kerajaan akan memberikan peruntukkan RM50 juta kepada negeri Melaka dan Pulau Pinang untuk meneruskan usaha dalam pemeliharaan tapak warisan dunia yang diiktiraf oleh UNESCO. Khazanah National Berhad akan menerajui pembentukan Tabung Warisan Negara dalam usaha memelihara warisan negara untuk menarik penyertaan swasta bagi memulihkan bangunan-bangunan warisan bersejarah.