Gereja St. Paul merupakan sebuah bangunan gereja bersejarah yang terletak di Bandar Hilir, Melaka, Malaysia. Ia telah dibina oleh seorang Kapten Portugis bernama Duarte Coelho pada tahun 1521, dan menjadikan ia merupakan bangunan gereja tertua di Malaysia dan Asia Tenggara. Ia terletak di atas Bukit St. Paul, kini merupakan sebahagian daripada Kompleks Muzium Melaka yang terdiri daripada serpihan Kota A Famosa, bangunan Stadthuys dan beberapa bangunan bersejarah yang lain.
Di luar gereja ini terdapat sebuah tugu patung berwarna putih yang merupakan St. Francis Xavier.
Ia dibina pada tahun 1951.
Selepas sehari patung ini dibina, pokok causuarina yang besar jatuh kerana tepat pada tangan kanan patung ini dan menjadikan patunng ini tiada tangan kanan sehingga kini.
Terdapat pelbagai papan konkrit yang mempunyai tulisan & ukiran tersandar di dinding.
Ia merupakan penutup perkuburan pembesar-pembesar Portugis & Belanda yang ada di sekitar gereja ini.
Di ruang utama bangunan Gereja St Paul, terdapat satu lubang kosong yang ditutup dengan pagar besi.Â
Ruang kosong ini sebenarnya merupakan bekas kubur St Francis Xavier, seorang tokoh agung mubaligh Kristian kelahiran Navarre Sepanyol.
Bagi masyarakat Kristian di seluruh wilayah Timur, St Francis Xavier merupakan tokoh agung yang telah banyak berjasa kerana membawa agama Kristian kepada mereka.
VIDEO SEJARAH GEREJA ST. PAUL