SPTS
(SUKAN PRESTASI TINGGI SEKOLAH)
(SUKAN PRESTASI TINGGI SEKOLAH)
KONSEP PROGRAM
Program SPTS adalah untuk melatih atlet muda yang berbakat di peringkat sekolah (berumur antara 6 tahun hingga 18 tahun) dalam jumlah yang ramai. KPM berharap dengan cara ini, pembentukan atlet atau pasukan remaja kebangsaan akan lebih mudah dilakukan . Atlet yang dikenalpasti akan dilatih di Pusat Latihan Daerah (PLD). Setiap PLD yang terpilih akan menjalankan 1 jenis sukan SPTS. Jurulatih yang ditempatkan di PLD adalah terdiri daripada kalangan guru (DG). Jurulatih yang dilantik dipilih sama ada dari sekolah PLD atau sekolah sekitar PLD.
PUSAT LATIHAN DAERAH (PLD)
PLD terdiri daripada sekolah harian yang dikenalpasti oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Sekolah yang dikenalpasti perlu ada kemudahan sukan, prasarana dan jurulatih mengikut jenis sukan SPTS. PLD yang telah dikenalpasti dipanjangkan ke Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk pengesahan. Seterusnya JPN memanjangkan senarai PLD ke Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mendapatkan surat pelantikan.
PERANAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH
(PEN. PPD BAKAT MURID)
AJK SPTS Negeri.
Mengenalpasti dan mencalonkan PLD dan jurulatih SPTS.
Merancang dan membuat penempatan jurulatih dan atlet SPTS di PLD.
Memantau pelaksanaan program SPTS di PLD.
Membantu JPN melaksanakan pemantauan dan penggredan PLD.
Membantu JPN dengan memantau dan menyelia permohonan dan pembayaran BIJS untuk jurulatih.
Menyediakan Pelaporan kewangan Bayaran Insentif Jurulatih Sukan.
Menyediakan Pelaporan Penggredan PLD.
Menyediakan Pelaporan Kewangan Program SPTS Negeri.
PERANAN PUSAT LATIHAN DAERAH (PENGETUA)
AJK SPTS PPD.
Menjaga kebajikan jurulatih dan atlet SPTS.
Memantau pelaksanaan program SPTS.
Memastikan jurulatih PLD melaksanakan program latihan dan menyediakan pelaporan BIJS.
Memastikan jurulatih menyediakan fail induk SPTS dan fail peribadi jurulatih.
Mengesahkan pelaksanaan program SPTS (menandatangani borang laporan jurulatih).
PERANAN JURULATIH SPTS
Menyediakan fail peribadi jurulatih ( rujuk instrumen penilaian jurulatih SPTS) dan fail induk SPTS.
Melaksanakan pencarian/pemilihan atlet untuk ditempatkan di PLD melalui Talent Identification Development (TID) atau Talent Scouting atau atlet yang berminat dan layak mengikuti program SPTS.
Merancang dan melaksanakan program latihan mengikut syarat yang telah ditetapkan iaitu minima 3 kali seminggu, 2 jam setiap sesi.
Merancang dan menguruskan program pembangunan PLD.
Merancang dan melaksanakan ujian spesifik dan ujian kecergasan.
Mengisi dan mengemaskini semua maklumat berkaitan PLD, jurulatih dan atlet dalam sistem i-spts.
Mengisi dan mendaftar maklumat atlet murid yang terpilih dalam e-Kejohanan i-spts bagipenyertaan ke kejohanan negeri/zon/kebangsaan.
Menjalinkan kerjasama antara PLD dan Agensi Luar/NGO yang berkaitan dengan program SPTS.
Menjaga kebajikan dan keselamatan atlet murid di bawah program SPTS.
OBJEKTIF
OBJEKTIF JANGKA PENDEK
Melalui program SPTS, Kementerian Pendidikan Malaysia dapat :
Melahirkan atlet terbaik dalam sukan tertentu di peringkat Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD), Majlis Sukan Sekolah Negeri (MSSN) dan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM).
Melahirkan atlet terbaik untuk ditempatkan di Sekolah Sukan Negeri (SSN) dan Sekolah Sukan Malaysia (SSM).
Melahirkan jurulatih SPTS yang bertauliah dari kalangan guru.
OBJEKTIF JANGKA PANJANG
Melalui program SPTS, Kementerian Pendidikan Malaysia dapat :
Melahirkan juara muda hingga ke peringkat Olimpik dan dunia.
Melahirkan juara remaja di peringkat ASEAN, Asia, Komanwel dan dunia.
Menjadi juara peringkat remaja sebelum menjadi Juara Senior. Sebagai contoh Sepak Takraw – perlu menjadi johan sekolah ASEAN sebelum johan di Sukan SEA .
JURULATIH
KRITERIA PEMILIHAN JURULATIH DI PLD/SSN
Mempunyai sijil kejurulatihan spesifik dan sains sukan atau
Mempunyai sijil kejurulatihan spesifik atau sijil sains sukan sahaja atau
Berminat dalam bidang kejurulatihan sukan
Nisbah Jurulatih terhadap atlet murid ialah 1 jurulatih : 10-15 atlet murid
BAYARAN INSENTIF JURULATIH SUKAN (BIJS) KPM
Diluluskan oleh JPA pada 25 Januari 2008 BIJS berkuat kuasa 1 Januari 2008.
SYARAT LAYAK MENERIMA BIJS
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Dan Bukan Siswazah (PPPBS)
Mempunyai Sijil Kejurulatihan (SPKK)
Melatih Di Pusat Kecemerlangan Sukan (PKS)
Melatih Satu Jenis Sukan Prestasi Tinggi
Menjalankan Latihan Sekurang-Kurangnya Tiga (3) Kali Seminggu Selama Dua (2) Jam Sehari
BIJS dibayar mengikut tahap sijil yang lebih rendah salah satu daripadanya.
INSENTIF JURULATIH SPTS
Jurulatih SPTS layak mendapat Bayaran Insentif Jurulatih Sukan (BIJS) dengan kadar: