RASIONAL DASAR SUKAN
RASIONAL DASAR SUKAN
Sebagai transformasi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Sukan seharusnya mendapat pengiktirafan, sokongan dan galakan sebagaimana aspek lain seperti akademik dan kokurikulum.
Sukan akan menggalakkan pertandingan yang sihat, semangat muhibah, kesefahaman, toleransi dan meningkatkan nilai moral dan fizikal dalam mengintegrasikan pelbagai kaum dan etnik.
Sukan membuka peluang kepada semua murid melibatkan diri dalam sukan secara lebih terurus dan terancang.
MATLAMAT DASAR SUKAN
Membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dalam kalangan murid.
Memupuk budaya bersukan dalam kalangan murid.
Memupuk ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat, cergas dan berdaya saing.
STRATEGI PELAKSANAAN
Program Sukan Umum
Kelab Sukan dan Permainan
Pertandingan Dalaman
Pertandingan Lain
Aktiviti Sukan Lain