Huffaz Cemerlang Islam Terbilang
Kemahiran bersepadu tahfiz merujuk kepada Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menyepadukan pengajian tahfiz al-Quran dengan mata pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Matlamatnya adalah melahirkan generasi pelajar yang menghafaz al-Quran serta memahami dan mengamalkan ilmu agama dan ilmu lain, dengan dua komponen utama iaitu Hifz al-Quran (HQ) dan Maharat al-Quran (MQ). Â