Memberi khidmat bantu dan sokongan dalam pembangunan sahsiah, kesihatan, kepimpinan dan kerjaya pelajar menjurus ke arah kecemerlangan pendidikan.
Memupuk bakat, minat dan kepimpinan pelajar melalui persatuan/kelab dan pasukan Unit Beruniform serta sukan, permainan dan seni mengarah kepada pembentukan individu yang berwatak.
Mengawal dan mendidik pelajar agar sekolah bebas tanpa dadah.
Menjalinkan hubungan baik dengan masyarakat dan agensi-agensi luar demi membantu pelajar ke arah pembangunan kemanusiaan yang sempurna.
Kami warga SPM berjanji :
Memastikan semua urusan pentadbiran, pengurusan dan pelaksanaan aktiviti murid dilaksanakan secara cekap, tepat, selamat dan mencapai matlamat yang ditetapkan.
Sebarang permohonan dan rayuan kepada sektor ini akan diberi jawapan dalam tempoh 2 minggu.
Memastikan bantuan persekolahan murid disampaikan dalam tempoh 14 hari.
Memastikan pembentukan sahsiah murid yang mantap melalui pelaksanaan program Pemantapan Disiplin dan Peningkatan Jati Diri Murid.
Memastikan potensi murid dapat dikembangkan bagi memenuhi aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia melalui aktiviti dan kegiatan dalam bidang sukan dan kokurikulum.
Berusaha menjalinkan hubungan baik dengan masyarakat dan agensi luar demi membantu ke arah pembangunan modal insan yang gemilang.
Sektor Pembangunan Murid sentiasa bersedia menerima pandangan, teguran dan cadangan daripada pelbagai pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan pendidikan.
PENAFIAN
Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan akibat penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
TARIKH KEMASKINI
25 / 07 / 2022