21/6/2022 - Majlis Perasmian Penutupan e-Maharajan Sekolah Asrama Harian Peringkat Negeri Sabah telah dirasmikan oleh Encik Muddin Bin Betting iaitu Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Dalam majlis ini antara acara yang dimenangi adalah seperti berikut:
Johan Bercerita Murid Perempuan Sekolah Rendah
Johan Hafazan Murid Perempuan Sekolah Rendah
Johan Hafazan Murid Lelaki Sekolah Rendah
Johan Syarahan Murid Lelaki Sekolah Menengah
Johan Tazkirah Murid Lelaki Sekolah Menengah
Johan Tazkirah Murid Perempuan Sekolah Menengah
18/06/2022 - Majlis Anugerah Asrama Terbilang telah dirasmikan oleh Encik Muddin Bin Betting iaitu Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Objektif bagi majlis anugerah ini adalah di mana untuk membantu mewujudkan satu pasukan yang sentiasa memberikan komitmen yang tinggi terhadap semua tanggungjawab yang diberikan oleh warden. Antara sekolah yang terlibat adalah:
SMK Sandakan
SMk Elopura
SMK Segaliud
SMK Batu Sapi
SMK Agama Tun Juhar
Sk Sungai Padas
24/6/2020 - Program Ziarah Cakna 2022 ini telah dirasmikan oleh Dr. Dalmansa Bin Haji Tahil, Pegawai Pendidikan Daerah Sandakan. Program ini dijalankan di SK Bandar. Program ini bertujuan untuk berkongsi pandangan antara ibu bapa atau penjaga dan guru bagi mengembangkan potensi murid.
24/6/2020 - Program Ziarah Cakna 2022 ini telah dirasmikan oleh Dr. Dalmansa Bin Haji Tahil, Pegawai Pendidikan Daerah Sandakan. Program ini dijalankan di SK Bandar.
30/7/2022 - Program Kem Shields telah dijalankan di Scout Nature Park, Sandakan bermula 29 Julai sehingga 31 Julai 2022. Program ini dianjurkan oleh Agensi Antidadah KebangsaanDaerah Sandakan dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan dan UMNO Bahagian Libaran. Antara objektif Kem Shields diadakan adalah untu menigkatkan kesedaran serta pengetahuan para pelajar mengenai bahaya dadah dan kesannya. Antara sekolah yang terlibat:
SMK Sandakan
SMK Gum Gum
SMK Elopura Bestari
SMK Segaliud
SMK Batu Sapi