Pengenalan
Pengenalan
Unit Spiritualiti diwujudkan di Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM dan diletakkan di bawah Jabatan Pentadbiran & Sumber Manusia (JPSM). Penubuhan Unit ini bertujuan menyediakan perkhidmatan berteraskan hal ehwal Islam demi menjaga kemaslahatan seluruh warga HASA dan para pesakit yang beragama Islam dari sudut fizikal dan spiritual selaras dengan tuntutan syariat Islam.
Fungsi Unit Spiritualiti Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM merangkumi :
Bimbingan agama & penjagaan spiritual
Pengurusan & pengimarahan surau utama
Program Hospital Mesra Ibadah