FAQ
FAQ
Bagaimanakah saya boleh mendapatkan bimbingan agama/al-Quran?
Staf, pesakit atau waris boleh mendapatkan bimbingan melalui temujanji dengan mengisi Borang Permohonan Bimbingan Agama.
Di manakah saya boleh mendapatkan Borang Temujanji Khidmat Nasihat?
Staf, pesakit atau waris boleh mendapatkan Borang Temujanji Khidmat Nasihat di sini .
Selepas mengisi borang rujukan/temujanji, apa yang perlu saya lakukan?
Selepas mengisi borang, pihak USK akan menghubungi pesakit/waris/staf yang berkenaan untuk menetapkan tarikh dan tempat yang sesuai untuk sesi bimbingan dibuat.
Apakah perbezaan Unit Spiritualiti HASA dan Unit Hal Ehwal Islam UCS?
Unit Spiritualiti HASA lebih memfokuskan bimbingan agama terhadap pesakit, ahli waris dan staf. Unit Spiritualiti HASA juga mempunyai sasaran dalam menjadikan Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM sebagai Hospital Mesra Ibadah. UHEI UCS pula lebih memfokuskan hal ehwal agama dalam kalangan staf dan pelajar di UCS.
Saya ingin membuat sumbangan kepada surau HASA. Bagaimanakah prosedurnya?
Sumbangan boleh dibuat dengan mengisi Borang Sumbangan dan dihantar bersama Surat Tujuan Sumbangan kepada Unit Spiritualiti untuk disemak sebelum sumbangan diterima.