SOALAN 1
Adakah boleh solat duduk walhal kita tidak sakit ?
JAWAPAN:
Boleh jika solat tersebut hanyalah solat sunat sahaja. Jika solat fardhu, wajib kita untuk berdiri tegak kerana berdiri tegak merupakan rukun solat yang kedua.
SOALAN 2
Bagaimana jika seseorang yang sakit tidak solat dengan cara rukhsah?
JAWAPAN:
Boleh sahaja untuknya solat seperti biasa jika itu tidak memberi kesan yang buruk terhadap kesihatannya.
SOALAN 3
Adakah pesakit tidak perlu berwudhu untuk solat terutama pesakit lumpuh dan hanya mampu menggerakkan kelopak mata?
JAWAPAN:
Untuk melaksanakan ibadah solat, kita wajib berwudhu untuk menyucikan diri kita daripada hadas kecil dan besar. Jika tidak maka solat kita tidak sah. Tetapi bagi pesakit lumpuh, cara berwudhu mereka ialah dengan pertolongan orang lain sama ada keluarga atau jururawat. Mereka juga boleh bertayammum walaupun ada air jika mereka menghadapi penyakit kulit yang sensitif terhadap air.Â