NAMA : MUHAMMAD TAHIR BIN TARMIZI
LAHIR : 1/3/2005
TINGGAL : PASIR MAS KELANTAN
ADIK-BERADIK : ANAK KE-4 DARIPADA 8
SEKOLAH RENDAH : KEBANGSAAN KELAR
SEKOLAH MENENGAH : KEBANGSAAN AGAMA LATI
STATUS : BUJANG
KEPUTUSAN UPSR & SPM : UPSR (3A 3B) SPM (6A 4B)
IPT TERKINI : INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG
KISAH PARUT DI MULUT
Sk Kelar merupakan sekolah pertama dimana ketika saya menjejakkan kaki ke alam persekolahan. Sebelum itu saya dari umur 4 tahun berada di Tadika Kemas yang juga tidak jauh dari Sk Kelar. Pada awalnya saya semestinya kekoklah kan dan ada juga hari saya menangis di sekolah kerana mahu pulang tetapi tidak lama, saya mula bersesuaian dengan sekolah ini. Guru-guru di sekolah ini sangat bagus dan baik hati. Dari darjah 1 sehingga darjah 6 saya tidak pernah cedera dirotan, dicubit mahupun ditampar guru kerana kedegilan saya. Yang menjadi kemuncak cerita dalam kisah saya dengan sekolah ini ialah pada seawal umur darjah 4 (10 tahun), saya dilantik menjadi pengawas sekolah. Walaupun itu merupakan impian saya tetapi saya tidak seberapa seronok dengannya kerana guru pengawas ketika itu merupakan ustazah garang yang mengajar kelas saya. hahaha.
Nak dijadikan cerita, pada suatu hari rabu saya bersama dua orang lagi murid perempuan dipilih untuk menyertai program akademik di Sekolah Menengah Kebangsaan Tiang Chandi. Cerita ini bukan tentang hari rabu tetapi pada khamis keesokan harinya. Khamis itu, saya berbasikal ke sekolah pada awal pagi kerana ingin menyiapkan kerja rumah yang diberikan pada hari rabu namun saya tidak dapat masuk kelas. Buat sebab cikgu bm tu garang dia takleh bawa bincang. Satu tak siap makan penampar kapit jawabnya walaupun tak hadir sebab program.
Ketika saya buat kerja rumah tu datanglah kawan baik saya dari kelas sebelah dengan ajakan untuk bermain namun saya menolak ajakan itu sebab nak buat kerja. Selepas beberapi kali ajakan ditolak, dia bergurau dengan mengambil pensil yang saya sedang guna untuk menulis. Saya kemudian kejar dia dengan rasa marah. Ketika dia keluar kelas , dia menolak dan hendak menutup pintu yang terbuka. Saya dengan laju dibelakang terkejut dan jatuh dengan cepat sambil mulut saya termasuk tombol pintu jenis panjang. Saya terkejut kerana banyak darah di baju pengawas biru lalu memegang mulut yang rupanya dah terkoyak. Pada ketika itu saya belum menangis kerana langsung tidak rasa sakit malah terkejut dengan keadaan dimana pelajar perempuan kelas saya hampir kesemua menangis mungkin terkejut hahaha.
Saya pun terkejut sebenarnya dan berlari ke tandas untuk melihat di cermin keadaan mulut saya. Saya hampir tergelak kerana saya nampak gigi di bahagian sisi mulut yang terkoyak penuh dengan darah. Saya kemudiannya membasuh darah-darah yang terkena pada baju. Tak lama kemudian guru datang dan membawa saya ke Hospital Lati. Di sana lah baru saya menangis kerana takut akan jarum hahah. Sejak kejadian ini , guru besar skk ketika itu menjanjikan supaya merawat parut di muka saya ini supaya tidak kelihatan kerana pada awalnya saya agak malu dengan parut besar di bahagian muka. Namun pada tahun itu guru besar itu pencen termasuk dengan janjinya pun pencen sekali. Hampir setiap hari sejak itu saya mendapat gelaran "budak mulut koyak" .🥲 Jadi begitulah pengalaman yang tidak boleh dilupakan ketika berada di Sk Kelar .❤️
Murid boleh ikuti perkembangan terkini ustaz melalui platform :
instagram - tttahirmzy_
facebook - Muhd Tahir
whatapps - hir
tiktok - tohe
ORANG BIJAK BELAJAR
KETIKA DIA BOLEH
ORANG BODOH BELAJAR
KETIKA MEREKA TERPAKSA