PELANGGAN SMKTLS
Kami warga SMKTLS dengan penuh kesedaran, tekad dan
iltizam berikrar serta berjanji akan menumpukan seluruh
tenaga dan usaha kami selari dengan Visi dan Misi sekolah untuk:
Menyediakan peluang, sistem dan organisasi pengurusan pendidikan terbaik,
cekap, canggih, dinamik dan berkesan berlandaskan konsep keterbukaan serta
berteraskan konsep imaginatif, kreatif dan inovatif.
Mengamalkan pendekatan yang peka, responsif dan prihatin kepada kehendak
dan keperluan pelajar, ibu bapa dan masyarakat.
Mempertingkatkan tahap sumbangan dan tanggungjawab ke tahap cemerlang
dan gemilang sesuai dan selaras dengan tuntutan FPK, Wawasan Negara dan
Etika Profesion Keguruan.
Menyediakan kemudahan-kemudahan pendidikan yang selesa, lengkap, mencukupi
dan bermutu selaras dengan perkhidmatan dan sekolah penyayang.
Menjelmakan warga sekolah yang bijaksana, berdedikasi, komited, berdisiplin,
cekap, bertanggungjawab, produktif dan beretika serta jujur berlandaskan
Al-Quran dan Al Hadith.
Menyediakan sistem dan operasi pendidikan yang terbaik berasaskan budaya
ilmu bagi memenuhi tuntutan pelanggan.
Memberi peluang yang sama adil kepada setiap anak didik tanpa mengira latar
belakang agama dan keturunan untuk mendapat pendidikan
yang sebaik-baiknya.
Mencungkil potensi setiap pelajar ke tahap maksimum.
Mengatur organisasi ke arah zero defect.