1. Meningkat dan mengekalkan tahap profesionalisme pengurusan dan penyampaian perkhidmatan mengikut Standard Kualiti Pendidikan Malaysia.
2. Memastikan infrastruktur sekolah lengkap, selamat dan kondusif serta persekitaran sekolah yang ceria untuk menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
3. Mewujudkan iklim sekolah yang mengutamakan budaya penyayang, menitikberatkan kebajikan serta keseronokan belajar dan bekerja seterusnya menyuburkan aktiviti keilmuan kepada semua murid dan guru.
4. Menjalin hubungan dengan pemimpin dan masyarakat setempat supaya turut ambil tahu tentang sekolah seterusnya menggalakkan penglibatan dalam proses pendidikan.
5. Membina rangkaian kerjasama dengan badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan untuk bekerjasama dalam bidang kepakaran masing-masing untuk membantu proses pendidikan.
6. Melahirkan murid berpengetahuan yang mempunyai keperibadian luhur, sahsiah baik serta jati diri tinggi, bertoleransi dan hormat menghormati dengan mengamalkan nilai-nilai murni disamping mengekalkan budaya bangsa.
Ketetapan Umum
1. Waktu 7.20 pagi hingga 7.30 pagi (sesi pagi) dan 1.00 petang hingga 1.10 petang (sesi petang) setiap hari adalah waktu pengurusan persediaan sebelum memulakan pembelajaran.
2. Waktu PdPc bermula pada jam 7.30 pagi hingga 1.10 petang (sesi pagi) dan 1.10 petang hingga 6.40 petang (sesi petang), murid mestilah berada di lokasi yang telah ditetapkan kecuali pada waktu rehat. Murid mestilah mendapatkan kebenaran guru dan memakai pas keluar kelas jika keluar meninggalkan bilik darjah.
3. Waktu perhimpunan rasmi mingguan adalah pada pukul 12.45 tengahari hingga pukul 1.30 petang melibatkan semua murid dan guru. Semua murid dan guru mestilah berada di lokasi perhimpunan untuk mengikuti majlis perhimpunan mengikut tatacara majlis rasmi.
4. Kehadiran murid hendaklah direkodkan pada pukul 7.30 pagi untuk sesi pagi dan pada pukul 1.10 petang untuk sesi petang pada setiap hari persekolahan. Murid yang hadir lewat hendaklah melapor diri di pejabat sekolah dan dicatatkan kehadiran sebagai “hadir lewat”.
5. Murid yang didapati tidak hadir 2 hari secara berturut atau 3 hari tidak berturut dalam satu-satu minggu tanpa sebab yang munasabah hendaklah diberi perhatian dan diambil tindakan yang sewajarnya. Satu notis amaran dan pemberitahuan kepada penjaga hendaklah dikeluarkan.
6. Murid yang didapati tidak hadir selama 5 hari dalam satu-satu bulan tanpa sebab yang munasabah dianggap berisiko untuk tercicir dalam pelajaran dan tindakan pemulihan hendaklah segera diambil. Satu notis amaran dan pemberitahuan kepada penjaga hendaklah dikeluarkan.
7. Penjaga kepada murid yang menerima notis amaran bagi mana-mana kesalahan disiplin hendaklah menjawab secara bertulis manakala bagi kesalahan berat penjaga perlu hadir ke sekolah untuk membuat sesi perbincangan bersama pihak sekolah. Murid yang mengabaikan 3 notis amaran dikira sebagai telah melakukan kesalahan berat dan boleh diambil tindakan gantung dan buang sekolah.
8. Semua murid adalah tertakluk kepada undang-undang dan peraturan sekolah dan hendaklah mematuhinya sepanjang masa. Murid yang melanggar peraturan sekolah akan dikenakan tindakan tatatertib yang bersesuaian dan setimpal dengan kesalahan.
Ketetapan Unit-unit Pengurusan Hal Ehwal Murid