Jawatakuasa Kelas
Jawatakuasa Pengawas
Jawatankuasa Pengawas Pusat Sumber
Jawatankuasa Pengawas SPBT
Koperator
Jawatankuasa Kokurikulum
1. Meningkat dan mengekalkan tahap profesionalisme pengurusan dan penyampaian perkhidmatan mengikut standard kebangsaan.
2. Memastikan infrastruktur sekolah lengkap dan selamat serta keadaan bilik darjah dan bilik-bilik pembelajaran dalam keadaan ceria untuk menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
3. Mewujudkan iklim sekolah yang mengutamakan budaya penyayang, menitikberatkan kebajikan dan keseronokan seterusnya menyuburkan aktiviti keilmuan kepada semua murid dan guru.
4. Menjalin hubungan dengan pemimpin dan masyarakat setempat supaya turut ambil tahu tentang sekolah seterusnya menggalakkan penglibatan dalam proses pendidikan.
5. Membina rangkaian kerjasama dengan badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan untuk bekerjasama dalam bidang kepakaran masing-masing untuk membantu proses pendidikan.
6. Melahirkan murid berpengetahuan yang mempunyai keperibadian luhur, sahsiah baik serta jati diri tinggi, bertoleransi dan hormat menghormati dengan mengamalkan nilai-nilai murni disamping mengekalkan budaya bangsa.
1. Waktu 7.20 a.m hingga 7.30 a.m (sesi pagi) dan 1.00 p.m hingga 1.10 p.m (sesi petang) setiap hari adalah waktu pengurusan persediaan sebelum memulakan pembelajaran.
2. Waktu PdPc bermula pada jam 7.30 a.m hingga 1.10 p.m (sesi pagi) dan 1.10 p.m hingga 6.40 p.m (sesi petang), murid mestilah berada di lokasi yang telah ditetapkan kecuali pada waktu rehat. Murid mestilah mendapatkan kebenaran guru dan memakai pas keluar kelas jika keluar meninggalkan bilik darjah.
3. Waktu pertama setiap hari Isnin (7.30 a.m hingga 8.10 a.m untuk sesi pagi) dan waktu terakhir setiap hari Isnin (6.10 p.m hingga 6.40 p.m untuk sesi petang) adalah waktu perhimpunan rasmi mingguan. Semua murid mestilah berada di lokasi perhimpunan dan mengikuti majlis perhimpunan mengikut tatacara majlis rasmi.
4. Kehadiran murid hendaklah direkodkan pada pukul 7.30 a.m. untuk sesi pagi dan pada pukul 1.10 p.m. untuk sesi petang pada setiap hari persekolahan. Murid yang hadir lewat hendaklah melapor diri di pejabat sekolah dan dicatatkan kehadiran sebagai “hadir lewat”.
5. Murid yang didapati tidak hadir 2 hari secara berturut atau 3 hari tidak berturut dalam satu-satu minggu tanpa sebab yang munasabah hendaklah diberi perhatian dan diambil tindakan yang sewajarnya.
6. Murid yang didapati tidak hadir selama 5 hari dalam satu-satu bulan tanpa sebab yang munasabah dianggap berisiko untuk tercicir dalam pelajaran dan tindakan pemulihan hendaklah segera diambil.
7. Semua murid adalah tertakluk kepada undang-undang dan peraturan sekolah dan hendaklah mematuhinya sepanjang masa. Murid yang melanggar peraturan sekolah akan dikenakan tindakan tatatertib yang bersesuaian dan setimpal dengan kesalahan.