HAL EHWAL MURID
Pengurusan Kebajikan, Disiplin dan Kesejahteraan Murid
HAL EHWAL MURID
Pengurusan Kebajikan, Disiplin dan Kesejahteraan Murid
PENGENALAN
Puan Suzana Binti Toha
PK Hal Ehwal Murid
Hal Ehwal Murid (HEM) bertanggungjawab dalam pengurusan kebajikan, disiplin dan kesejahteraan murid. Pengurusan ini merangkumi aspek sahsiah, keselamatan serta keperluan murid bagi memastikan persekitaran pembelajaran yang kondusif.
DASAR HEM
Tinggal di asrama adalah pilihan, bukan kewajiban.
Semua guru berperanan sebagai guru disiplin, membimbing dan memantau disiplin serta sahsiah murid.
Bahagian Hal Ehwal Murid (HEM) diketuai oleh Penolong Kanan HEM dan dibantu setiausaha.
Setiap unit HEM mempunyai jawatankuasa sendiri dan menyediakan perancangan tahunan bagi memastikan pengurusan teratur.
Warden asrama bertugas selepas sekolah untuk menjaga keselamatan, keselesaan dan kebajikan murid.
Asrama juga dijadikan pusat kecemerlangan untuk melahirkan bakal pemimpin dan profesional masa depan.
Unit Bimbingan & Kaunseling membantu murid mengatasi masalah mengikut pekeliling dan arahan sekolah.
Modul pembelajaran diagihkan kepada murid dan diselia oleh guru, memastikan buku dijaga dengan baik.
Murid dipantau dari segi keselamatan, kebajikan dan perkembangan psikologi.
KEBAJIKAN & BANTUAN
Elaun Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (eMBPK)
Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP)
Bantuan Awal Persekolahan (BAP)
Asnaf dan Zakat
ASRAMA
Sekolah ini menyediakan kemudahan asrama bagi murid lelaki dan perempuan. Pengurusan asrama berada di bawah Hal Ehwal Murid dan memberi penekanan kepada kebajikan, keselamatan serta pembentukan sahsiah murid.
Kapasiti: 160 murid
Asrama Lelaki dan Perempuan
Pengawasan warden
Aktiviti pembangunan sahsiah