Malaysia merupakan sebuah negara yang berkembang pesat seiring dengan ledakan globalisasi pada masa kini. Dalam menuju ke arah pendidikan bertaraf dunia, Malaysia perlu membawa suatu perubahan yang akan memberi kesan kepada dunia pendidikan. Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah meneliti perkara-perkara yang perlu dilaksanakan dan berusaha untuk menjayakan usaha tersebut. Bersesuaian dengan matlamat dan zaman, KPM telah melaksanakan pembelajaran abad ke-21 (PAK21) bermula pada tahun 2014.
Kini, PAK21 telah menjadi satu isu yang hangat dalam dunia pendidikan kerana ia dilihat mampu memenuhi keperluan pendidikan pada masa kini, di samping membawa perubahan baru dalam dunia pendidikan. PAK21 dikatakan sebagai proses pembelajaran yang berpusatkan kepada murid. Terdapat beberapa elemen yang diterapkan, iaitu komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika. Elemen-elemen ini juga disebut sebagai standard asas dalam PAK21.
SMK Merbau, Miri merupakan sekolah TS25 Kohort 5 pada Tahun 2020. Dengan ini, amalan PAK21 dalam pdpc seharian dipergiatkan lagi agar murid-murid lebih berdaya saing pada persada globalisasi.
Penerapan kemahiran 4C+1N (kolaborasi, komunikasi, berfikir secara kritikal, kreativiti, nilai murni dan etika) dalam pdpc subjek Matematik dan Sains.
Membudayakan guru-guru SMK Merbau mengamalkan aktiviti PAK21 dalam pdpc subjek Matematik dan Sains.
Memudahcarakan pembudayaan amalan PAK21 dalam kalangan guru Matematik dan Sains SMK Merbau dengan menyediakan bahan rujukan (video dan erph).
Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21) merupakan pendidikan yang menitikberatkan pelajar aktif dalam pembelajaran. Dalam PAK-21, guru hanya bertindak sebagai fasilitator dan pengurus bilik darjah supaya sesuai dengan persekitaran seperti di alam pekerjaan. PAK-21 lebih berpusatkan pelajar dalam setiap sesi pembelajaran. Pada dasarnya, PAK-21 ini merupakan suatu pembelajaran yang menggunakan kaedah-kaedah terkini demi memastikan pelajar tidak pasif belajar di dalam kelas seperti zaman Pembelajaran “Spoon-feeding” atau suap sahaja semua info. Pelajar juga tidak lagi disuruh diam di dalam kelas, malahan pelajar Abad ke-21 perlu bergiat aktif di dalam bilik darjah sepanjang sesi pengajaran dan pemudahcara (PdPc) dilakukan. PAK-21 ini sangat penting untuk dilaksanakan kerana ia merangsang perubahan teknik pengajaran ke arah persediaan murid untuk menjadi asertif dan kompeten terutamanya dalam bidang pekerjaan kelak.
Saya berpendapat dan sangat yakin bahawa rakan-rakan guru SMK Merbau berupaya untuk mengaplikasikan PAK21. Tugas seorang guru bukanlah mudah kerana ditangan kita terbentuk masyarakat masa depan. Setiap PdPc yang dilakukan dengan penuh ikhlas akan menghasilkan output yang membanggakan. Medium ini adalah tempat mengumpul bahan dan berkongsi ilmu pengetahuan kita dengan harapan suatu hari nanti boleh menjadi tempat rujukan oleh warga Merbau juga pendidik amnya.
FIGHT TO BE THE BEST!!
MERBAU TOWARDS A GLORIOUS SCHOOL
Kerangka pelaksanaan PAK 21 melibatkan 3 aspek utama iaitu kurikulum, pedagogi dan pentaksiran yang bertujuan menghasilkan kemenjadian murid. Dengan ini, pendidikan perlu berevolusi supaya sektor pendidikan seimbang dengan perkembangan abad ke-21. Diharapkan perkongsian video dan RPH PAK 21 ini bukan sahaja menjadi salah satu rujukan dalam pembudayaan PAK 21, tetapi menjadi motivasi untuk guru-guru terus bertransformasi demi melahirkan generasi abad ke-21 yang lebih mantap dan berkualiti. Merbau, towards a glorious school.
"Mathematics is not about numbers, equations, computations, or algorithms. It is about understanding". Students are able to understand Mathematics well when teachers are applying 21st Century Learning (PAK21) in their lessons.
Penerapan PAK21 dalam Pdpc seharian adalah berhasrat melahirkan murid-murid yang mempunyai Pengetahuan, Kemahiran Berfikir, Kemahiran Memimpin, Kemahiran Dwibahasa, Etika dan kerohanian serta identiti nasional yang berdaya saing di peringkat global. Dengan ini, Pdpc yang berpusatkan murid mampu menyerlahkan daya kreativiti murid dan mencapai objektif PAK21 serta STEM.