Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti
Untuk Membangunkan Potensi Individu
Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
ILMU MENJULANG KEHIDUPAN
PEMANGKIN KECEMERLANGAN
GO! GO! Merbau Go! Never give up!
We are the champions! Fight to be the best!
Topi 4 Segi
Melambangkan kejayaan cemerlang yang dicapai oleh pelajar dalam bidang akademik iaitu hingga ke menara gading.
Buku
Sinonim dengan buku. Sesungguhnya darjat orang yang berilmu sangatlah tinggi. Sikap rajin membaca dan budaya sentiasa menimba ilmu pengetahuan untuk memantapkan diri perlu dipupuk dari peringkat kecil lagi demi menjulang bangsa, agama dan negara
Tonggak 14
Dalam perlumbaan mengejar kehidupan yang berjaya dan cemerlang di dunia era globalisasi abad ke-21 ini sentiasa merempuh pelbagai cabaran perlu dihadapi dengan semangat kental dan berani, dengan mengamalkan 14 nilai murni.
Sukan dan ko-kurikulum
Pencapaian seimbang perlu ada dalam memartabatkan seseorang pelajar menjadi cemerlang. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mana mahu perkembangan intelektual, jasmani dan rohani.
Menjulang ke atas
Selaras dengan motto sekolah " ILMU MENJULANG KEHIDUPAN". Anjakan paradigma perlu bagi memantapkan institusi sekolah, keluarga dan masyarakat. Perubahan perlu dibuat demi masa depan yang gemilang.
MEKAR NAMAMU OH SEKOLAHKU
SMK MERBAU BERTAKHTA DI HATI
BERBAGAI BANGSA SERTA BUDAYA
KAMI BERSATU KE PUNCA JAYA
CHORUS:
SEKOLAHKU TERCINTA, DI SINI LANGKAH BERMULA
MENJANA POTENSI, MENCIPTA INSAN CEMERLANG
ADAB NILAI-NILAI MURNI, TETAP MENJADI AMALAN,
MELAHIRKAN ANAK WATAN YANG TEGUH DAN GEMILANG.......
(ULANG..CHORUS)
ILMU MENJULANG KEHIDUPAN
Muzik dan Lagu: Peter Jampi Kilat
Lirik: Roland Mapus
TAHUN 2006
SMK MERBAU MIRI
Lot 6410, Blok 10, Kuala Baram Land District, 98100 Miri, Sarawak
PHONE : 6085665159
FAX : 085662159