"SEMANJA Unggul, Semangat Juara"
📌 e-KokumReports - Sistem Pelaporan Aktiviti Kokurikulum Digital
eKokumReports ialah platform digital yang direka khusus untuk merekod dan memantau penyertaan dan pencapaian pelajar dalam aktiviti kokurikulum peringkat daerah, negeri, dan seterusnya. Sistem ini bertujuan untuk memastikan pelaporan yang lebih teratur, tepat, dan mudah diakses oleh pihak pentadbiran serta guru penasihat.
💡 Ciri-Ciri Utama:
1. Pendaftaran Aktiviti Mudah: Guru-guru boleh merekodkan penyertaan aktiviti kokurikulum melalui borang dalam talian yang disediakan.
2. Rekod Berpusat: Semua data penyertaan disimpan dalam satu tempat untuk memudahkan pemantauan dan analisis.
3. Laporan Automatik: Data yang dikumpul boleh dijana menjadi laporan terperinci mengikut tarikh, jenis aktiviti, peringkat aktiviti atau nama pelajar.
4. Akses Mudah Melalui Pautan atau Kod QR : Isi borang dengan mengimbas kod QR atau klik pautan yang disediakan.
📅 Cara Penggunaan:
- Klik pautan https://tinyurl.com/e-KokumReports
- imbas kod QR atau klik submit report button untuk mengisi borang pelaporan.
- Masukkan maklumat yang diperlukan seperti nama aktiviti, tarikh, masa, lokasi, dan nama pelajar.
- Hantar dan semak status laporan dengan mudah!