NAMA : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (LKTP) JENGKA 18
KOD : CEA9160
ALAMAT : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENGKA 18, 26400, BANDAR TUN RAZAK, PAHANG
GURU : 40 ORANG
ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA : 11
MURID : 364 ORANG
Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 18 diberi nama sempena nama Felda Jengka 18. Sekolah ini telah memulakan sesi persekolahan pada 5 Januari 1981. Jarak sekolah ke simpang masuk utama Jengka 18 dari jalan utama Bandar Jengka -Temerloh iaitu satu kilometer. Manakala jarak dari bandar Tun Abdul Razak Jengka ialah 20km dan jarak ke Temerloh ialah 35km.
Pada peringkat awal pembukaan sekolah, hanya terdapat dua blok bangunan dua tingkat yang menempatkan 10 bilik darjah, dua makmal sains, pejabat dan bilik guru, dua bilik Sains Rumah Tangga, perpustakaan dan tiga bilik stor. Kemudahan lain yang ada ialah kantin, padang permainan dan rumah janakuasa. Terdapat empat buah kelas Tingkatan 1 yang terdiri daripada 161 orang murid dari kawasan Felda Jengka 17, 18, 19,20 dan 23. SMK Jengka 18 diterajui oleh pengetua pertama iaitu Encik Abdullah Bi Abd Rahman yang dibantu oleh enam orang guru penolong dan empat orang kakitangan. Kini sekolah ini telah mempunyai 13 blok bangunan yang dilengkapi dengan keperluan pembelajaran dengan pembinaan kantin, dewan besar, makmal komputer, bengke MPV dan surau.
Pada tahun 1982, peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran kali pertama diadakan dengan calon 43 orang. Mereka merupakan pelajar dari SMK (LKTP) Kampung Awah yang berpindah ke SMK Jengka 18 apabila sekolah ini dibuka. pada tahun 1990, kelas Tingkatan 4 bermula dan menjadi calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pertama pada tahun 1991.
Pada tahun 20210 seraamai 41 orang guru dan 11 orang staf sokongan berkhidmat untuk 523 orang pelajar SMK Jengka 18. Bengkel Kemahiran Hidup telah dibina pada 1993. tingkatan 4 aliran Sains Tulen mula dibuka pada tahun 1994. Pada tahun 1996 sebuah blok bangunan tiga tingkat telah dibina menempatkan enam makmal Sains dan tiga bengkel Kemahiran Hidup. Pada tahun 2000-2009, banyak bangunan telah dibina iaitu dewan besar, bengkel MPV, surau baharu, makmal komputer dan dua blok bangunan yang menempatkan bilik darjah , bilik guru, bilik rawatn, koperasi, bengkel Kemahiran Hidup, bilik BOSS dan Makmal Sains.
bermula SMK Jengka 18 dibuka pada tahun 1981, Encik Abdullah Bin Abd. Rahman merupakan pengetua pertama berkhidmat di sini. Kemudian diterajui oleh 11 orang pengetua iaitu Encik Abd. Halim Bin Matr Yunan, diikuti oleh Encik Hamzah Bin Mohamad, Puan Siti Messopran Binti Sh. Luji, Encik Salleh Bin Wan Daud, Puan Hajah Halijah Binti Hassan, Puan Noliah Binti Othman, Tuan Haji Kamaruddin Bin Kasim, Tuan Haji Zainul Abidin bin Daud, Puan Hajah Saimah Binti Haji Hassan, dan Allahyarham Encik Sadri bin Hj Kormin sehingga Mei 2019. Kini, SMK Jengka 18 dibawah pengurusan Encik Subri Bin Ismail.
SMK JENGKA 18 CEMERLANG 2025
MEMPERKASA KUALITI MURID BERFOKUSKAN KEMENJADIAN DAN KEBOLEHPASARAN SECARA HOLISTIK DENGAN SOKONGAN PADU IBU BAPA DAN KOMUNITI
'MOVING AND RISING TOGETHER'
BERILMU DAN BERBAKTI
MARILAH KITA SEMUA
BELAJAR DAN BERUSAHA
BINA SEMANGAT JAYA
DEMI NUSA DAN BANGSA
AMALKAN DISIPLIN
BUDI SERTA IMAN
BERJAYA BERSAMA
BERILMU DAN BERBAKTI
LAGU DAN LIRIK OLEH :
ENCIK HAMZAH BIN MOHAMAD
Semua pelajar adalah normal iaitu boleh belajar, boleh diajar. (menerima pelajaran dan pendidikan) dan pada akhirnya mencapai kejayaan.
Yang mendaftar mesti hadir ke sekolah, yang hadir mesti berada di dalam kelas, yang dalam kelas mesti belajar, yang belajar mesti berjaya.