SMK JENGKA 18
M O V I N G & R I S I N G T O G E T H E R
M O V I N G & R I S I N G T O G E T H E R
SEROJA
Kementerian Pendidikan (KPM) dijangka membentangkan Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 4.0 bulan ini.
Garis panduan berkenaan termasuk aktiviti kokurikulum dibenarkan antara sekolah berbanding sebelum ini hanya berlangsung dalam sekolah, selain penggunaan kantin.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata pihaknya kini di peringkat akhir perbincangan sebelum garis panduan terbabit diumumkan.
"Untuk pengoperasian sekolah ini, kita ada prosedur operasi standard (SOP) tertentu. Kita kini dalam peringkat akhir untuk memuktamadkan Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 4.0.
"Mengambil kira peralihan negara ke fasa endemik, beberapa perincian yang sedang dalam perbincangan dengan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi memastikan garis panduan yang kita siapkan ini mengambil pandangan dari sudut kesihatan.
"Garis panduan itu juga meliputi aktiviti kokurikulum antara sekolah dibenarkan berbanding sebelum ini aktiviti itu hanya berlangsung di dalam sekolah," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau pengoperasian sekolah tanpa penggiliran di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Ketereh, di sini, hari ini.
Pada masa sama, Radzi berkata, bagi pelajar yang tinggal di asrama dan mempunyai kontak rapat kepada pesakit positif COVID-19 namun tidak bergejala, mereka tidak perlu lagi menjalani kuarantin kendiri dan boleh hadir ke kelas seperti biasa.
"Kita harap semua pihak termasuk guru, ibu bapa dan pelajar sekolah memainkan peranan supaya sentiasa mematuhi segala SOP yang ditetapkan," katanya.
Pada hari ini, seramai 130,177 murid dan pelajar yang sebelum ini terbabit dengan sistem penggiliran kembali hadir ke sekolah tanpa sistem berkenaan.
updated : 17/4/2022
Tiga gabungan program ini telah diadakan pada 26 Ogos 2021 pada pukul 8.00 malam melalui aplikasi google meet bersama pelajar-pelajar tingkatan 5.
Program 'Daurah Sakinah' dan 'Duhai Anak" ini diadakan oleh unit Bina Insan dan Pendidikan Islam. Program ini bertujuan untuk mengadakan bacaan yassin bersama pelajar tingkatan 5 dan juga diselitkan ucapan ataupun tazkirah daripada pihak pengetua bagi usaha untuk meningkatkan semula motivasi pelajar tingkatan 5 bagi tahun 2021 ini.
Bagi program Mentor Mentee pula, pihak unit kaunseling telah memperkenalkan kepada pelajar mentor mereka masing-masing. Semoga dengan kehadiran mentor ini, sedikit sebanyak membantu dalam pemantauan pelajar tingkatan 5 dalam perjalanan menuju peperiksaan SPM. Alhamdulillah ketiga-tiga gabungan program ini berjalan dengan baik.
updated : 26/8/2021
Pada tarikh 19 Julai, Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 18 telah menerima kedatangan Pn Hjh Zaiton Bin Ismail sebagai pengetua baru. Beliau sebelum ini sebelum ini pernah berkhidmat sebagai GPK Pentadbiran di sekolah SMK Jengka 21 dan telah mendapat tawaran sebagai pengetua di SMK Jengka 18. Seluruh warga seroja merasakan sangat gembira dan mengalu-alukan kedatangan beliau. Semoga SMK Jengka 18 semakin maju dan berjaya bersama pimpinan beliau di masa akan datang.
Moving and rising together!
updated :20/7/2021
UMUM
KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Tarikh pembukaan semula sekolah bagi negeri-negeri dalam Fasa Dua dan Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) ialah pada 3 Oktober iaitu dilewatkan berbanding 1 September seperti yang diumum sebelum ini. Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin bagaimanapun berkata, pembukaan sekolah tidak dibenarkan bagi negeri-negeri dalam Fasa Satu PPN.
Beliau berkata, bagi negeri-negeri Fasa Dua, pembukaan sekolah hanya untuk kelas peperiksaan manakala bagi Fasa Tiga, pembukaan penuh dibenarkan.
“Ini adalah berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN)... jadi, kita tidak boleh menyatakan 1 September akan buka semua (sekolah). Keselamatan murid adalah keutamaan kerajaan.
“Sasaran dan hasrat kita pada 1 September (untuk pembukaan sekolah) namun tertakluk kepada penilaian risiko yang dibuat Kementerian Kesihatan (KKM) dan MKN dengan perbincangan dengan Kementerian Pendidikan,” katanya menerusi video dalam hantaran di laman Facebook rasmi beliau pada Ahad malam. Radzi berkata, keadaan semasa negeri termasuk kadar vaksinasi dan kapasiti fasiliti kesihatan juga perlu diambil kira sebelum sebarang keputusan mengenai pembukaan semula sekolah dicapai. Beliau berkata, keputusan akan dibuat selewat-lewatnya seminggu sebelum tarikh pembukaan semula sekolah. Radzi turut mengulas inisiatif bagi murid yang ketinggalan sekiranya sesi persekolahan secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) diteruskan.
updated :23/8/2021
SEREMBAN: Kementerian Pendidikan (KPM) diharap dapat mengkaji semula cadangan pembukaan sekolah secara bersemuka pada 1 September ini berikutan kes COVID-19 yang masih tinggi di negara ini.Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru), Mohd Azizee Hasan, berkata majoriti ibu bapa melahirkan kebimbangan untuk menghantar anak mereka ke sekolah ketika penularan wabak itu belum menunjukkan pengurangan ketara.Jika KPM kekal dengan keputusan pembukaan sekolah September ini, katanya, beberapa langkah wajar diambil, termasuk usaha memperketatkan lagi prosedur operasi standard (SOP), selain menyelesaikan vaksinasi warga sekolah hingga mencapai tahap imuniti 90 peratus.
"Kami berharap KPM dapat mempertimbangkan dan mengkaji semula tarikh pembukaan sekolah memandangkan kes COVID-19 yang melepasi angka 20,000 ketika ini.
"Pandangan pemegang taruh pendidikan seperti Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Majlis Guru Besar Malaysia (MGBM) dan Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM), wajar diperoleh mengenai perkara ini. Jika kes semakin meningkat, ia membimbang dan merisaukan ibu bapa untuk hantar anak ke sekolah," katanya, hari ini.Beliau berkata pembukaan sekolah wajar ditangguh ke suatu tarikh yang bersesuaian sehingga menyakinkan semua pihak termasuk guru, ibu bapa dan pelajar.
"Kami berharap KPM dapat membuat keputusan yang jelas dan tepat berdasarkan data dan sains. Sebaiknya perlu ada pelan dan agenda yang jelas jika sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) perlu dilanjutkan sehingga hujung tahun untuk mengelak keciciran murid dan mengatasi kelesuan motivasi ketika PdPR," katanya.Langkah lain yang perlu diambil jika pembukaan sekolah kekal seperti dijadualkan September ini, katanya, termasuk vaksinasi ibu bapa pelajar tahun peperiksaan membabitkan calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang sudah mencapai usia 18 tahun.
"Perlu juga membentangkan SOP khas untuk pelajar belum menerima vaksin yang berada di dalam dan luar kawasan sekolah," katanya.Azizee berkata, pembukaan sekolah secara berfasa dengan keutamaan kepada sekolah di luar bandar dan pendalaman yang kurang murid serta di kawasan hijau dan kadar penerimaan vaksinnya melebihi had imuniti kelompok, wajar juga diambil kira.Selain itu, katanya, melaksanakan penggiliran murid ke sekolah mengikut keutamaan seperti prasekolah dan Tahap 1 perlu diberikan keutamaan bagi menangani isu penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M).Katanya lagi, kuasa autonomi wajar diberikan kepada pihak sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dalam menentukan apa yang terbaik untuk sekolah dari sudut pembukaan dan pelaksanaan pengajaran ini.
"Tambahan pula, sudah ada petunjuk kes baharu harian COVID-19 yang semakin turun di sesetengah negeri dan tempat hingga ke paras munasabah untuk dibenarkan sekolah dibuka semula," katanya.
sumber: Utusan Malaysia
updated :12/8/2021
Kuala Lumpur: Sekolah akan dibuka secara berperingkat untuk sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara bersemuka mulai 1 September ini.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan hari ini berkata, mengambil kira situasi semasa pandemik Covid-19, sesi persekolahan secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan diteruskan sehingga 31 Ogos.
"Ketetapan ini terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM.
"KPM sentiasa bekerjasama rapat dengan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) bagi memastikan kadar vaksinasi dalam kalangan guru, pentadbir dan kakitangan sokongan di sekolah dapat terus ditingkatkan," menurut kenyataan itu.
Sehingga 16 Julai lalu, 253,366 guru dan pentadbir (61.30 peratus) serta 10,876 kakitangan sokongan (46.33 peratus) sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
KPM akan terus mengambil kira penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara bagi melihat sekiranya terdapat keperluan untuk membuat perubahan terhadap tarikh tersebut.
"KPM akan memaklumkan perincian lanjut mengenai pembukaan sekolah bagi sesi PdP secara bersemuka selewat-lewatnya seminggu sebelum sekolah dibuka," kata KPM.
Sumber : Malaysia Kini
updated :17/7/2021
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin, menerusi sidang media khasnya mengumumkan pengeoperasian sekolah terkini yang meliputi Takwim Persekolahan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 2021.
Menurut Dr. Radzi sebaik-baik sahaja cuti pertengahan tahun tamat pada 13 Jun 2021 (bagi negeri kumpulan A, iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) dan 14 Jun 2021 [bagi negeri kumplan B, iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur, WP Labuan dan WP Putrajaya], pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan diteruskan untuk tempoh 25 hari, iaitu hingga 16 Julai bagi negeri kumpulan A dan 17 Julai bagi negeri kumpulan B.
Seminggu sebelum tamat cuti pertengahan penggal berakhir, Dr. Radzi menyatakan bahawa pihaknya akan memaklumkan kaedah pengeoperasian sekolah yang seterusnya. Tambah Dr. Radzi lagi, pembukaan sesi persekolahan secara bersemuka hanya akan dilakukan dengan mengambil kira keputusan yang dibuat oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Sumber : Utusan Malaysia
updated :6/6/2021
Kementerian Pendidikan (KPM) memutuskan untuk menutup operasi persekolahan sekolah rendah serta sekolah menengah di seluruh negara selepas cuti Hari Raya Aidilfitri bermula 16 Mei 2021.
Dalam tempoh penutupan sekolah itu, para pelajar akan mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) selama 10 hari bermula dari 16 Mei hingga 27 Mei membabitkan sekolah dalam Kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) manakala 17 Mei hingga 28 Mei (Kumpulan B).
Pelajar seterusnya akan terus bercuti penggal dari 28 Mei hingga 12 Jun (Kumpulan A) dan 29 Mei hingga 13 Jun (Kumpulan B).
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, keputusan KPM menutup sekolah selepas raya adalah mengambil kira trend jangkitan Covid-19 dalam masyarakat ketika ini. Pengumuman tersebut diumumkan ada 26 April 2021.
updated : 27/4/2021
Penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau ‘total lockdown’ fasa pertama akan dilaksanakan di seluruh negara selama dua minggu bermula 1 Jun ini.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan, keputusan itu dibuat dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) Mengenai Pengurusan Covid-19 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin petang tadi.
Menurut kenyataan itu, sepanjang tempoh berkenaan, semua sektor tidak dibenarkan beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang akan disenaraikan oleh MKN.
“Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira situasi terkini penularan Covid-19 di Malaysia dengan jumlah kes harian melebihi 8,000 kes dan kes aktif melebihi 70,000 kes. Setakat hari ini, seramai 2,552 orang meninggal dunia akibat wabak ini dan jumlah kematian semakin meningkat.
updated :29/5/2021
updated : 19/2/2021
tarikh : 5/4/2021
tarikh : 5/4/2021
tarikh : 3/4/2021
tarikh : 11/3/2021