UTAMA > INFO SEKOLAH > PIBG
En. Ng Boon Leong
Pn. Jessica Wong
Pn. Priscilla Chin
TBC
Pn. Catherine Chua
Pn. Cheryl Wong
Pn. Ella Salleh
Pn. Eswari Naidu
Pn. Reita Kanagarajah
Hal Ehwal Pelajar - Pn. Jessica Wong
Kurikulum (Akademik) - Pn. Cheryl Wong
Ko-kurikulum (Aktiviti) - Pn. Eswari, Ms. Reita
Kebajikan - Pn. Catherine Chua, Pn. Ella
Keselamatan, Kesihatan & Keceriaan - Pn. Reita
Pembangunan & Penyelenggaran - Pn. Eswari
Projek Khas - En. Ng Boon Leong
Juru Audit - Pn. Priscilla Chin
Pn. Adelyn - Februari 2021 hingga May 2022
Pn. Zuwita - Februari 2020 hingga Februari 2021
En. Kalairasoo - Februari 2015 hingga Februari 2020
En.Azman - Februari 2014 hingga Februari 2015
Dato' Ringo Kaw Fan Chu - Februari 2011 hingga Februari 2014
Datin Peggy Leong Swee Peng - Februari 2008 hingga Februari 2011
En. Ringo Kaw Fan Chu - Februari 2004 hingga Februari 2008
Tn. Hj Azlan b Yusof - Februari 2003 hingga Februari 2004
En. Au Hah Chye - Mei 2002 hingga Februari 2003
Fungsi Jawatankuasa PIBG ialah mengelola dan mengatur kegiatan pesatuan dan membuat keputusan atas perkara-perkara yang menyentuh perjalanan Persatuan, tanpa bercanggah dengan dasar umum yang ditetapkan oleh Mesyuarat Agung Tahunan, Perlembagaan ini dan akta pendidikan 1996 serta peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya.
(a) Yang Di-Pertua
(i) Menjadi pengerusi dalam semua mesyuarat jawatankuasa PIBG dan mesyuarat agung tahunan dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan mesyuarat.
(ii) Mempunyai undi pemutus dan hendaklah menandatangani minit -minit mesyuarat apabila telah diluluskan.
(iii) Bertanggungjawab mengawasi pentadbiran persatuan serta memastikan bahawa peruntukan perlembagaan dipatuhi oleh semua anggota persatuan.
(iv) Sentiasa mematuhi segala peruntukan perlembagaan dalam menjalankan tugas sebagai yang di-pertua.
(v) Boleh memanggil mesyuarat jawatakuasa PIBG pada bila-bila masa yang difikirkan perlu dengan persetujuan Guru Besar atau Pengetua.
(vi) Menandatangani cek atau penyata pengeluaran wang Persatuan.
(vii) Memastikan segala aktiviti dan program Persatuan dilaksanakan dengan sempurna dan teratur.
(viii) Mendapatkan nasihat mengenai pengurusan persatuan dari semasa ke semasa daripada Guru Besar atau Pengetua selaku Penasihat Persatuan.
(b) Naib Yang Di-Pertua
(i) Bertanggungjawab membantu yang di-pertua dalam menjalankan fungsi-fungsi yang Di-Pertua.
(ii) Menjalankan tanggungjawab dan fungsi yang di-pertua semasa ketiadaan Yang Di-Pertua.
(c) Setiausaha
(i) Menjalankan urusan Persatuan mengikut Perlembagaan Persatuan.
(ii) Melaksanakan keputusan-keputusan Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Jawatankuasa PIBG.
(iii) Mencatat, menyedia dan menyimpan minit-minit mesyuarat jawatankuasa PIBG dan Mesyuarat Agung Tahunan.
(iv)Menyediakan laporan-laporan untuk dibentangkan kepada Mesyuarat Agung Tahunan serta minit-minit yang bersangkutan dengannya.
(vi) Menandatangani cek atau penyata pengeluaran wang persatuan, jika perlu.
(d) Bendahari
(i) Bertanggungjawab mengurus dan mengawal hal ehwal kewangan Persatuan dengan menyediakan dan menyimpan kira-kira kewangan yang kemas kini. Penyata kira-kira kewangan (1 Januari hingga 31 disember) hendaklah disiapkan sebelum 1 Februari tahun berikutnya untuk diaudit. Penyata kira-kira yang telah diaudit hendaklah dikemukakan untuk kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan. Satu salinan penyata yang telah diaudit dan diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah dihantar kepada Pendaftar selepas Mesyuarat berkenaan.
(ii) Menguruskan perbelanjaan wang Persatuan seperti yang diputuskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Jawatankuasa PIBG.
(iii) Menyimpan wang tunai tidak melebihi sesuatu jumlah yang ditetapkan dalam Perlembagaan pada sesuatu masa.
(iv) Menerima bagi pihak Persatuan semua derma atau sumbangan daripada mana-mana anggota atau lain-lain sumber dan mengeluarkan resit akaun terima dan kreditkan ke dalam akaun Persatuan pada hari yang sama.
(v) Menandatangani cek atau penyata pengeluaran wang Persatuan.
LAIN-LAIN JAWATAN
PENASIHAT PERSATUAN
(a) Guru Besar atau Pengetua Sekolah adalah anggota ex-officio Persatuan dan bertindak sebagai penasihat kepada PIBG dan persatuan. Antara tanggungjawab dan fungsi Guru Besar atau Pengetua adalah seperti berikut ;
(i) Menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa PIBG, Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Tergempar, tetapi tidak boleh mengundi;
(ii) Mewakili pihak Jabatan Pendidikan negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi mengawal dan menasihati Persatuan supaya segala aktiviti, kegiatan dan keputusan yang di buat dalam mesyuarat-mesyuarat Persatuan tidak bercanggah dengan kepentingan perkhidmatan, dasar-dasar negara dan dasar-dasar mengenai pelajaran dan pendidikan serta hal-hal berkaitan dengan pentadbiran Sekolah;
(iii) Berhak untuk menghenti dan menangguhkan mesyuarat Persatuan jika difikirkan wajar untuk kepentingan anggota Persatuan;
(iv) Meluluskan semua agenda Mesyuarat dan perkara yang akan dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa PIBG dan Persatuan;
(v) Memberi penjelasan kepada sesuatu isu mengenai pengurusan dan perjalanan sekolah dan akademik serta isu-isu yang berkaitan dengannya dalam Mesyuarat Persatuan;
(vi) Memastikan kegiatan Persatuan selaras dengan tujuan dan fungsi Persatuan;
(vii) Memastikan sumbangan persatuan yang diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan tidak membebankan dan tidak mengandungi sebarang unsur paksaaan; dan
(viii) Menentukan tetamu kehormat dan para jemputan yang menghadiri sebarang majlis anjuran persatuan dilayan mengikut peraturan dan protokol yang ditetapkan oleh Kementerian.
(b) Juru Audit
(i) Persatuan hendaklah melantik 2 orang juru audit dalaman dari kalangan anggota Persatuan yang tidak menjadi anggota jawatankuasa PIBG pada mesyuarat agung tahunan.
(ii) Tanggungjawab juru audit dalaman adalah seperti berikut:
(a) Mengaudit akaun persatuan pada setiap akhir tahun kewangan; dan
(b) menjalankan pengauditan secara berkala seperti mana yang diputuskan dalam mesyuarat agung tahunan.