UTAMA > INFO SEKOLAH > MAKLUMAT AM
Bangunan SMKBU(3) diserahkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor pada pukul 9.30 pagi, 7 November 2001 oleh Dinamik Maju Corporation Sdn. Bhd. Penyerahan ini merupakan titik permulaan sejarah pembukaan SMKBU(3) iaitu pada 1 November 2001.
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarat dan negara.
BERUSAHA BERSATU BERJAYA | TOWARDS SUCCESS WE WORK TOGETHER
PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA
MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA
Bersama-sama mencapai pendidikan cemerlang, berketerampilan, berdisiplin, berakhlak mulia dan serba boleh
KAMI warga SMKBU(3) bertekad dengan penuh iltizam, berikrar dengan sepenuh daya usaha untuk:
Menyediakan pendidikan yang terbaik kepada pelajar-pelajar berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah perpaduan bangsa Malaysia.
Menentukan pelajar-pelajar mendapat pendidikan yang sama dan tanpa mengira latar belakang agama dan keturunan.
Mewujudkan pelajar-pelajar yang berbudi pekerti, bertatasusila dan berhemah tinggi dan serba boleh.
Menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif untuk pelajar-pelajar.
Menjadikan warga pendidik dan kakitangan yang peka, responsif dengan kehendak dan keperluan pelajar dan juga mengamalkan perkhidmatan yang berteraskan sifat penyayang.
SMKBU(3) mempunyai 4 blok bertingkat 4 yang dibina atas tanah yang berkeluasan 6.0702 hektar /15 ekar. Sekolah ini terletak di Mukim Sungai Buloh, Petaling Jaya. Sebetulnya ia diletakkan di Bandar Utama (di hadapan Kolej KBU, Bandar Utama).