MODUL PDPR
Semua pelajar SMK Jengka Pusat boleh mendapatkan Modul Berstruktur PDPR di Pondok Jaga SMK Jengka Pusat. Semua modul telah disusun rapi di Rak Modul mengikut kelas masing-masing.
#weLOVEsmkjp
PADA 18 FEBRUARI 2021 - HARI KHAMIS - PADA JAM 9.00 MALAM - LOKASI DI RUMAH
SMK JENGKA PUSAT DENGAN INI MENGALU-ALUKAN SEMUA CALON SPM 2020 BERSAMA-SAMA IBU BAPA, PENJAGA DAN GURU BAGI SAMA-SAMA MENYERTAI BACAAN YASSIN PERDANA SECARA ATAS TALIAN.
MARILAH BERSAMA-SAMA MENJAYAKAN DEMI KECEMERLANGAN CALON-CALON SPM 2020
LAWATI LAMAN SOSIAL > FACEBOOK : Pss Smk Jengka Pusat
https://www.facebook.com/pss.smkjengkapusat.5
PERHATIAN!!!
Ibu Bapa/Penjaga
Murid-murid
SMK JENGKA PUSAT
Tuan / Puan,
PEMBERITAHUAN PEMULANGAN / PENGAGIHAN BUKU TEKS SPBT
Adalah dimaklumkan bahawa buku teks 2020 dan pengagihan buku teks bagi tingkatan 1 - tingkatan 5 2021 akan dibuat pada ketetapan berikut.
2. Sehubungan itu, mohon ibu bapa / penjaga mengikut SOP dan hadir mengikut waktu yang telah ditetapkan. Kelewatan pemulangan buku teks akan menyebabkan kesukaran kepada murid lain.
TARIKH/ HARI Masa Tingkatan
25/01/2021 (Isnin) 8.30 pagi – 9.30 pagi 5 ALFA (2021)
9.30 pagi – 10.30 pagi 5 BETA (2021)
10.30 pagi – 11.30 pagi 5 DELTA (2021)
11.30 pagi – 12.30 tengah hari 5 GAMMA (2021)
26/01/2021 (Selasa) 8.30 pagi – 9.30 pagi 4 ALFA (2021)
9.30 pagi – 10.30 pagi 4 BETA (2021)
10.30 pagi – 11.30 pagi 4 DELTA (2021)
11.30 pagi – 12.30 tengah hari 4 GAMMA (2021)
27/01/2021 (Rabu) 8.30 pagi – 9.30 pagi 3 KAA 1 (2021)
9.30 pagi – 10.30 pagi 3 KAA 2 (2021)
10.30 pagi – 11.30 pagi 3 KRK 1 (2021)
11.30 pagi – 12.30 tengah hari 3 KRK 2 (2021)
28/01/2021 (Khamis) 8.30 pagi – 9.30 pagi 2 KAA 1 (2021)
9.30 pagi – 10.30 pagi 2 KAA 2 (2021)
10.30 pagi – 11.30 pagi 2 KRK 1 (2021)
11.30 pagi – 12.30 tengah hari 2 KRK 2 (2021)
29/01/2021 (Jumaat) 8.30 pagi – 9.30 pagi 1 KAA 1 (2021)
9.30 pagi – 10.30 pagi 1 KAA 2 (2021)
10.30 pagi – 11.30 pagi 1 KRK 1 (2021)
11.30 pagi – 12.30 tengah hari 1 KRK 2 (2021)
3. Berikut ialah beberapa arahan / peraturan yang mesti dipatuhi oleh murid:
a) Buku teks yang hilang atau rosak hendaklah diganti dengan buku judul
yang sama dengan buku tersebut.
b) Buku teks yang dipulangkan hendaklah diikat dengan tali.
c) Buku teks yang diterima wajib dibalut dengan plastik lutsinar, ditulis nama dan mengikut semua peraturan buku teks sekolah.
d) Proses pemulangan dan pengagihan hanya dibuat secara pandu lalu (drive thru) di Dataran Kluster SMK Jengka Pusat oleh ibu atau bapa atau penjaga dengan kadar bilangan satu kereta dinaiki 2 penumpang sahaja. (Murid tidak dibenarkan)
4. Kerjasama tuan / puan berhubung perkara ini amatlah dihargai. Terima Kasih.
Assalamualaikum wbt
PENDAFTARAN TINGKATAN 1 SMK JENGKA PUSAT TAHUN 2021
Untuk makluman semua, merujuk arahan JPNP, pendaftaran tingkatan 1 tahun 2021 ditangguhkan secara bersemuka.
Untuk itu, pihak kami ingin makluman tiada sebaran pendaftran tingkatan 1 pd 20/1/2021.
Walaubagaimanapun pendaftaran akan dijalankan secara offline mengikut prosedur berikut:
1.Ibu bapa perlu maklumkan kepada pihak sekolah samada setuju terima tawaran atau menolak tawaran.
2.Sila hantar maklumat borang pendaftaran dari PPD yang telah lengkap diisi ke pondok pengawal SMKJP.
3.Catatkan juga pada borang maklumat berkaitan tarikh borang dihantar dan nombor telefon.
4. Sila patuhi SOP semasa menghantar borang di pondok pengawal.
5.SILA ISIKAN GOOGLE FORM YANG AKAN DIHANTAR OLEH GPK HEM MELALUI GURU KELAS ATAU PENTADBIRAN SEKOLAH RENDAH
6.Tolong war-warkan perkara ini kepada penjaga lain yang anaknya telah ditawarkan ke SMK Jengka Pusat.
7.Sebarang pertanyaan atau makluman, sila hubungi GPK HEM SMK (SABARUDIN B HASHIM - 0199816117) pada atau sebelum 2.30 petang 19.1.2021
Terima kasih,
SHARIL AZNAN BIN MANSOR
Pengetua SMK Jengka Pusat
PERHATIAN!!!
Assalamualaikum w.b.t.
Untuk makluman guru, ibu, bapa, penjaga dan pelajar SMK Jengka Pusat, urusan pemulangan dan pengagihan buku teks ditangguhkan sehingga sesi yang akan dimaklumkan akan datang. Oleh itu, jadual pemulangan dan pengagihan buku teks yang telah diedarkan sebelum ini terbatal. Terima kasih.