TAHNIAH,,, TAHNIAH,,, TAHNIAH,,,
Penyampaian sijil dan hadiah
Majlis penyampaian sijil dan hadiah kepada Pemenang Fasih Digital dan Digital Storytelling Peringkat Negeri Pahang Tahun 2020.
Fasih Digital Mendapat Naib Johan
Digital Storytelling Mendapat Tempat ke-5
weLOVEsmkjp
3ABC
PatuhiSOP
CegahCovid19
Kitajagakita
Kitapastimenang
PERTANDINGAN DIGITAL STORY PERINGKAT NEGERI PAHANG
Sekalung penghargaan dan ucapan tahniah buat peserta dan guru pembimbing atas kejayaan yang dikecapi.
Kemenjadian Murid SMKJP
weLOVEsmkjp
3ABC
PatuhiSOP
CegahCovid19
Kitajagakita
Kitapastimenang
PEMANTAUAN SOP PEMBUKAAN SEKOLAH
Kami warga SMK Jengka Pusat ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada:
Datin Seri Kamariah binti Mohamad
KPPK Sektor Pendidikan Khas
atas kehadiran ke SMKJP untuk pemantauan SOP pematuhan pembukaan sekolah pada 8 April 2021.
#weLOVEsmkjp
Alhamdulillah, syukur ya Allah...
SMK Jengka Pusat menerima sumbangan wang tunai.
Sekalung ucapan terima kasih yang tak terhingga kami ucapkan buat
YB Ustaz Haji Shahril Azman bin Abd Halim Al- Hafiz
ADUN Jengka
Kerana memberi sumbangan kepada PIBG SMK Jengka Pusat.
Semoga Allah merahmati dan dilimpahi rezeki yang luas.
#weLOVEsmkjp
SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA (STPM)
Marilah kita bersama-sama memanjatkan titipan doa kepada Allah S.W.T buat semua calon peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) SEMESTER 3 agar dipermudahkan segala urusan, dikurniakan kesihatan yang baik, diberi kelapangan akal fikiran dan seterusnya memperoleh kejayaan yang cemerlang.
“Teruskan berusaha sehingga ke titisan perjuangan yang terakhir serta jangan sesekali lupa untuk berdoa memohon perlindungan daripada Yang Maha Esa.
#weLOVEsmkjp
SESI PERSEKOLAH 2021 SECARA BERSEMUKA UNTUK SEMUA TINGKATAN BERMULA 5 APRIL 2021
PEMANTAUAN OLEH WAKIL PPD DAN WAKIL JPN
SOP SEPANJANG SESI PERSEKOLAHAN DIPATUHI
SELAMAT MENERUSKAN PERJUANGAN BUAT PELAJAR SMKJP
#weLOVEsmkjp
PEMANTAUAN PERSEDIAAN PEMBUKAAN SEKOLAH SMK JENGKA PUSAT
PEMANTAUAN DILAKUKAN OLEH TUAN HAJI RUJHAN BIN ZAKARIA, SEKTOR PERANCANGAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG
PEMANTAUAN DI SELURUH KAWASAN SEKOLAH, TERMASUK ASRAMA SMK JENGKA PUSAT.
#weLOVEsmkjp
Alhamdulillah.. Jutaan terima kasih kepada semua AKP yang terlibat dalam kerja buat Tapak Kerusi Sunen Fero sebagai nilai tambah kepada program keceriaan 3K di sekolah.
Semoga usaha murni sebegini dapat diteruskan oleh warga SMKJP.
You All... the best!
Team Work, Kami Sepakat !
#weLOVEsmkjp
Jutaan terima kasih dan selamat bertugas di sekolah baharu diucapkan kepada Puan Rozaimah Binti Mat Piah 2009 - 2020 (ke SMK Tengku Ampuan Afzan Chenor), Puan Noor Hazita Binti Mohamad Senan 2017 - 2020 (ke tingkatan 6 SMK Temerloh) dan Puan Nur Aishah Binti Ramli 2014 - 2020 (ke SMK Chung Hwa Kuala Lipis)
Kami warga SMKJP merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti yang tidak berbelah bahagi sepanjang tempoh perkhidmatan di SMKJP yang dicintai ini. Semoga terus cemerlang di tempat baru dengan suasana baru, persekitaran baru dan rakan sekerja yang baru tanpa melupakan kenangan di SMKJP yang tercinta
Kemarin engkau masih ada di sini
Bersamaku menikmati rasa ini
Berharap semua takkan pernah berakhir
Bersamamu....
Tuan puteri pergi ke Rasah,
Pulang semula sebelah pagi,
Kita bertemu akhirnya berpisah,
Diizin tuhan bersua lagi;
InshaAllah
#jasamudikenangbudimudisanjung
#weLOVEsmkjp
KECERIAAN SMK JENGKA PUSAT
KAMI SENTIASA BERKERJASAMA DALAM SATU PASUKAN
AKTIVITI KECERIAAN MELIBATKAN SEMUA WARG SMKJP
#weLOVEsmkjp
FENOMENA PENYERAHAN MODUL PDPR KEPADA PELAJAR SMK JENGKA PUSAT
KECEMERLANGAN MURID KEUTAMAAN KAMI WARGA PENDIDIK
#weLOVEsmkjp
SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA (STPM)
Marilah kita bersama-sama memanjatkan titipan doa kepada Allah S.W.T buat semua calon peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang bermula pada 8 Mac 2021 agar dipermudahkan segala urusan, dikurniakan kesihatan yang baik, diberi kelapangan akal fikiran dan seterusnya memperoleh kejayaan yang cemerlang.
“Teruskan berusaha sehingga ke titisan perjuangan yang terakhir serta jangan sesekali lupa untuk berdoa memohon perlindungan daripada Yang Maha Esa.
#weLOVEsmkjp
PENYERAHAN
BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN
(BAP 2021)
Bermula 4 Mac 2021, SMK Jengka Pusat telah melancarkan penyerahan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2021.
Penyerahan BAP adalah mengikut SOP yang ditetapkan bagi mengekang penularan Covid-19.
Proses penyerahan BAP berjalan dengan lancar. Guru kelas yang terlibat mengurus pemberian BAP.
#weLOVEsmkjp
*"Ya Allah, mudahkanlah urusan anak2 SMKJP pd hari peperiksaan dan hari2 seterusnya sehingga selesai peperiksaan SPM mereka. Kurniakan mereka kesihatan baik yg berterusan, selamatkan perjalanan mereka ke dewan peperiksaan, lindungi drp halangan dan rintangan.Ya Allah, mudahkan setiap soalan bagi mereka, tajamkan akal fikiran mereka, lancarkan penulisan mereka, ingatkan apa yg mereka lupa dan bantu mereka utk menjawab soalan dgn tepat dan betul. Kurniakanlah kejayaan yg cemerlang kpd mereka. Ya Allah.. tiada daya dan upaya melainkan dgn pertolongan Mu semata2. terimalah doa kami ..aaminn, aaminn, aaminn ya rabbal 'alaaminn"*
SPM 2020 BERMULA....
#weLOVEsmkjp
Penyerahan Facemask dan Sanitasi Dewan Peperiksaan oleh Team YB Parlimen Kuala Krau
Kami warga SMK Jengka Pusat merakamkan jutaan terima kasih kepada YB Parlimen Kuala Krau dan pasukan yang terlibat kerana prihatin dan cakna akan keperluan calon-calon SPM 2020.
Team YB Parlimen Kuala Krau telah menyerahkan facemask dan membuat sanitasi di sekitar kawasan sekolah.
#weLOVEsmkjp
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) 2021
Sesi PdPC ditukar kepada sesi PdPR pada tahun 2021. Norma baharu buat murid dan guru sendiri.
Terdapat 4 mode PdPR, iaitu:
offline/whatsapp/telegram
google meet/zoom/webox
youtube/fblive
google classroom
#weLOVEsmkjp
SENTUHAN QALBU
Sepanjang kelas bersemuka untuk calon SPM 2020 ini, pada setiap pagi Unit Bina Insan dan Kaunseling telah menganjurkan program Sentuhan Qalbu sebelum kelas bermula.
Program ini merupakan satu didikan mulia agar calon SPM beroleh kejayaan dengan izin Allah S.W.T.
#weLOVEsmkjp
SANITASI DI SMK JENGKA PUSAT
Sebagai langkah pencegahan Covid-19, SMK Jengka Pusat menerima kunjungan daripada pihak berwajib untuk membuat sanitasi di kawasan sekolah.
Warga SMK Jengka Pusat juga turut terlibat dalam proses sanitasi. Proses sanitasi berjalan lancar agar semua pelajar dan warga SMKJP terhindar daripada virus Covid-19.
#weLOVEsmkjp
SMK JENGKA PUSAT PRIHATIN
INFAQ JUMAATKU
Ucapan terima kasih buat insan-insan yang berkongsi rezeki dengan pelajar SPM dan STPM SMK Jengka Pusat. Semua sumbangan Tuan Puan kami salurkan dengan membeli makanan buat pelajar SMKJP. Sesungguhnya bersedekah itu mendatangkan kekayaan buat kalian. Ganjaran daripada Allah buat insan bersedekah.
Kami masih mengalu-alukan infaq orang ramai dan kami masih memerlukan dana untuk menampung makan minum buat pelajar kami. Semoga kita terus istiqamah dalam bersedekah.
#weLOVEsmkjp
PROJEK KECERIAAN BILIK SEMINAR
SMK JENGKA PUSAT
KATA MOTIVASI DAN PENGINDAHAN BILIK SEMINAR
Kerja-kerja menceriakan Bilik seminar, dilakukan pada 30.01.2021.
Pemasangan Banner kata-kata motivasi dipasang di sekeliling bilik seminar dan pejabat.
Semua kos pemasangan dan kos pembelian banner merupakan Sumbangan Ikhlas daripada Rakan Tuan Pengetua SMK Jengka Pusat dan Bekas Murid-Muridnya.
Terima Kasih Diucapakan, semoga mendapat ganjaran pahala daripada Allah S.W.T.
#weLOVEsmkjp
PEMANTAUAN TASK FORCE (POLIS, MAJLIS DAN RELA) - PEMATUHAN SOP DI KAWASAN SEKOLAH
Pemantaun dilakukan oleh pihak berkuasa bagi memastikan semua guru dan murid mematuhi SOP yang ditetapkan. Pemakaian face mask adalah wajib sepanjang berada di kawasan sekolah.
#weLOVEsmkjp
SUASANA MAKAN PELAJAR ASRAMA
DI DEWAN MAKAN ASRAMA
SMK JENGKA PUSAT
Semua aspura dan aspuri makan di dewan makan asrama. Dewan makan disanitasi setiap hari, dikelola oleh pengusaha dewan makan yang dilantik dengan mematuhi SOP yang ditetapkan.
Semua aspura dan aspuri menjaga SOP yang ditetapkan.
#weLOVEsmkjp
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN BUAT PELAJAR STPM - SMK JENGKA PUSAT
Peperiksaan Percubaan Semester 1 dan Ulangan Semester 1 peringkat negeri Pahang berlangsung di Dewan al-Falah SMK Jengka Pusat.
Peperiksaan ini bermula 25.01.2021
Semoga diberi kelapangan hati dan minda untuk menjawab soalan, seterusnya peroleh keputusan yang cemerlang.
#weLOVEsmkjp
DRIVE THRU PEMULANGAN DAN PENERIMAAN BUKU TEKS - SMK JENGKA PUSAT
Berikutan dengan Pandemik Covid-19 dan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), SMK Jengka Pusat telah merencana satu kaedah pemulangan dan penerimaan buku teks sekolah.
Buku Teks merupakan satu keperluan utama dalam kalangan murid. Dengan mematuhi SOP, unit Operasi Skim Pinjaman Buku Teks SMK Jengka Pusat telah membuat kaedah Drive Thru bagi proses pengagihan buku teks.
Operasi ini berlangsung pada 25.01.2021 hingga 29.01.2021.
#weLOVEsmkjp
SELAMAT BERSARA | 22 Januari
"Lambaian Kasih Sanjungan Budi" buat EN.SUHAIMI BIN HASBULLAH yang melabuhkan tirai persaraan sebagai penjawat awam setelah 32 tahun berkhidmat.
Kami seluruh wargakerja SMKJP merakamkan jutaan terima kasih & kemaafan kepada beliau yang telah banyak menabur bakti.
Beliau mula berkhidmat semasa usia 27 tahun di SK Simpang Pelangai, SK J16, SK Ulu Luit, SK J4, naik pangkat sebagai CC di SMK Seri Jengka dan seterusnya di SMK Jengka Pusat dari tahun 2010 hingga 2021.
Semoga langkah beliau ke alam persaraan dilimpahi dengan penuh ketenangan, kesihatan yang baik dan kesejahteraan yg berterusan...aamiin
#weLOVEsmkjp
20.01.2021 - RABU (SOP PEMBUKAAN SEKOLAH)
LAWATAN HARI PERTAMA SESI PERSEKOLAHAN 2021
Pemantauan SOP pembukaan sekolah oleh Tuan Hj. Ahmad Nahran bin Hj. Ishak KPPD Maran, Inspektor Rose Anggreanie binti Roselim Pegawai Perhubungan Sekolah dan En. Ahmad Ruhaini Pen. Pengarah Hal Ehwal Murid JPNP dan En. Mohd Sapiee Meon KPP Pembangunan Bakat Murid JPNP.
Smk Jengka Pusat menerima kedatangan pegawai-pegawai dari PPD dan JPN pada hari pertama sesi persekolahan bermula. Kedatangan disambut baik. Lawatan adalah di seluruh lokasi murid iaitu Kelas, Surau, Asrama dan Dewan Makan Asrama.
#weLOVEmkjp
HARI PERTAMA SESI PERSEKOLAHAN 2021 DIBUKA UNTUK CALON SPM 2020 DAN STPM 2020 SAHAJA. (20.01.2021)
Murid mengikut SOP yang ditetapkan
Menjaga jarak sepanjang perjalanan ke sekolah
Memakai pelitup muka
Mencuci tangan menggunakan air, sabun dan hand sanitizer.
Pembukaan sekolah pada hari pertama berjalan dengan lancar
#weLOVEsmkjp
Selamat Datang Pelajar Baharu Tingkatan 1 dan Selamat Kembali ke Sekolah diucapkan kepada semua pelajar tingkatan 4, 5(2020,2021), 6(2020,2021), PPKI dan guru SMKJP yang akan memulakan sesi persekolahan pada 20 Januari 2021 nanti . Tidak lupa jg Selamat Belajar di rumah PdPR bagi pelajar tingkatan 2 dan 3.
Amalkan langkah-langkah pencegahan 3W seperti berikut :-
✅ Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash);
✅ Memakai alat pelitup muka (face mask) di tempat awam atau jika bergejala (Wear);
✅ (Warn) iaitu amaran berkonsep peringatan seperti elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam.
𝐄𝐥𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧 𝟑𝐒 iaitu :-
✅ Elakkan kawasan yang sesak (Crowded place);
✅ Elakkan kawasan yang sempit (Confined space);
✅ Elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
Bersama kita menghentikan jangkitan Covid19
#we❤️smkjp
#3abc
#patuhisop
#normabaharucegahCOVID19
#KitaMestiMenang
#PKPB