SMARTGREEN KKHL Sebuah inisiatif hijau oleh Kolej Komuniti Hulu Langat di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi. Memfokuskan kepada kelestarian alam sekitar melalui pengurusan sisa, air, tenaga, pendidikan, penyelidikan dan pengangkutan hijau.
Carta Organisasi SMARTGREEN KKHL
Ts. Nizam bin Mohd Nasir
( Pengarah )
- Berperanan sebagai penaung utama yang memberi sokongan dan panduan strategik terhadap pelaksanaan keseluruhan inisiatif SMARTGREEN. Menyediakan hala tuju dan memastikan semua aktiviti selari dengan visi dan misi Kolej Komuniti Hulu Langat.
Siti Nor Lailiyah binti Ibrahim
( Penyelaras )
- Individu utama yang menyelaras semua aktiviti SMARTGREEN. Merancang, melaksana dan memantau projek agar berjalan lancar dan mencapai objektif.
Siti Hamidah Binti Hashim
( Setiausaha )
- Bertanggungjawab dalam dokumentasi rasmi, minit mesyuarat dan komunikasi dalaman serta luaran berkaitan SMARTGREEN.
Siti Nor Lailiyah binti Ibrahim
( Ketua Bidang Tumpuan Pengurusan Pendidikan dan Penyelidikan)
- Fokus kepada integrasi pendidikan kelestarian dan aktiviti penyelidikan hijau.
Shelaila Som Binti Norhisyam Shah
( Ketua Bidang Tumpuan Pengurusan Tenaga dan Perubahan Iklim & Pengurusan Air )
- Menyelia persekitaran hijau kampus, landskap dan amalan penjimatan tenaga serta tindakan terhadap perubahan iklim dan mengurus aspek berkaitan penggunaan air.
Suzana binti Zainol Abidin
( Ketua Bidang Tumpuan Pengurusan Alam Sekitar dan Landskap)
- Menyelia persekitaran hijau kampus, landskap dan amalan penjimatan tenaga serta tindakan terhadap perubahan iklim.
Tilkavati A/P Muthusamy
( Ketua Bidang Tumpuan Pengurusan Sisa )
- Mengurus strategi dan pelaksanaan projek berkaitan pengurusan sisa secara cekap dan lestari.
Muhammad Khairu Bin Ahmad
( Ketua Bidang Tumpuan Pengangkutan )
- Bertanggungjawab terhadap pelaksanaan inisiatif pengangkutan hijau dalam kolej dan promosi penggunaan sistem pengangkutan mesra alam.
Hamizah Binti Jaapar
( Ketua Bidang Tumpuan Perolehan Hijau)
- Menyelia amalan perolehan hijau dalam sistem Politeknik dan Kolej Komuniti sebagai usaha menyokong pemeliharaan alam sekitar dan pengurangan jejak karbon.