🌿🏆 TAHNIAH ATAS KEJAYAAN SEMUA! 🏆🌿
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada penyelaras PolyCCSustAward KKHL iaitu Puan Suzana Binti Zainol Abidin, Unit SmartGreen KKHL dan seluruh warga KKHL kerana memperoleh Tempat Ketiga bagi Anugerah Komuniti Mampan, Kategori Kolej Komuniti dalam PolyCCSustAwards 2026. Pencapaian ini merupakan satu pengiktirafan terhadap usaha dan komitmen KKHL dalam melaksanakan inisiatif kelestarian serta membudayakan amalan hijau dalam kalangan warga institusi dan komuniti.
Unit SmartGreen KKHL merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak pengurusan serta semua pihak yang telah memberikan sokongan, idea, tenaga dan komitmen dalam menjayakan penyertaan ini. Semangat kerjasama dan kolaborasi yang ditunjukkan telah menjadi salah satu kekuatan penting dalam mengangkat usaha kelestarian KKHL ke peringkat yang lebih tinggi.
🧥PENGUMPULAN PAKAIAN TERPAKAI
📅22 Jun 2026
📍Lokasi Smartgreen (Sebelah Bengkel PPU)
"Baju lama anda, masih baru di mata mereka"
Jom kitar semula ♻️
Tarikh: 24 April 2026 (Jumaat)
Masa : 9.00 – 11.00 pg
Tempat : Dewan Ibnu Sina, KKHL
Pelajar-pelajar yang terlibat:
1. SPP1
2. STM 2A
3. STM 2B
Unit Smartgreen berperanan untuk memberi kesedaran alam sekitar kepada pelajar KKHL. Melalui seminar ini, pelajar telah didedahkan penggunaan minyak terpakai yang dikitar semula menjadi sabun yang boleh digunakan untuk membasuh pakaian. Objektif seminar ini tercapai iaitu memberi pendedahan kepada pelajar tentang kesedaran alam sekitar dan membudayakan amalan hijau.
PENGUMPULAN MINYAK MASAK TERPAKAI @ KKHL 🍳🌱
Jangan buang minyak masak terpakai anda ke dalam singki! Selain boleh menyebabkan longkang tersumbat, ia juga mencemarkan alam sekitar kita.
Jom jadi sebahagian daripada komuniti bijak dengan menghantar minyak masak terpakai anda kepada Team Smart Green!
Kenapa anda perlu hantar pada kami?
✔️Lestari: Kita lupuskan dengan cara yang betul & mesra alam.
✔️Mudah: Lokasi di Bersebelahan Bengkel PPU.
✔️Hasil: Dapur bersih, bumi pun terpelihara!
📍Lokasi: Bersebelahan Bengkel PPU
📞Hubungi: Team Smart Green untuk maklumat lanjut. #LestarikanBumi_MulaDiDapur
KLIK HIJAU DARI RUMAH! 🖱️🌿
Siapa kata kerja dari rumah tak boleh bantu selamatkan bumi? Walaupun kita jauh dari pejabat, usaha kelestarian tetap boleh diteruskan dengan langkah-langkah mudah. 🏡✨
Jom warga KKHL, kita sahut cabaran 3 langkah mudah ini:
1️⃣Jimat Elektrik: Set suhu aircond pada 24°C & tutup suis jika tak guna. ❄️🔌
2️⃣Pembersihan Digital: Padam emel & fail lama. Kurangkan beban server, kurangkan jejak karbon! 📨🗑️
3️⃣Rehatkan Mata: Luangkan 10-15 minit tengok pokok hijau. Mata segar, kerja pun lancar! 👀🌳
Kecil pada kita, besar maknanya untuk bumi. Jom mulakan hari ini! 🌏💚
PENGUMPULAN MINYAK MASAK TERPAKAI @ KKHL 🍳🌱
☘️JOMM!! Sama-sama kita menyumbang sambil beramal, alam sekitar kita kembali ceria!!!☘️
☘️Team Smart Green KKHL kembali lagi..
☘️Bawalah barang-barang yang ada di rumah anda. Kami sedang mengumpul barang-barang seperti :
🌿minyak masak terpakai
🌿barangan terpakai yang masih elok
🌿buku baru atau terpakai
🌱Keuntungan yang diperolehi akan disalurkan kepada pelajar/aktiviti pelajar KKHL yang memerlukan!!!
Kolej Komuniti Hulu Langat telah menyertai PolyCC Sustainability Award 2025 dalam 4 bidang tumpuan seperti berikut:
Bidang Tumpuan 1:
Pengurusan Pendidikan Dan Penyelidikan (Kategori Kolej Komuniti)
Bidang Tumpuan 2:
Pengurusan Tenaga Dan Perubahan Iklim (Kategori Kolej Komuniti)
Bidang Tumpuan 3:
Pengurusan Alam Sekitar Dan Landskap (Kategori Kolej Komuniti)
Bidang Tumpuan 5:
Pengurusan Air (Kategori Kolej Komuniti)
UI GREENMETRIC WORLD UNIVERSITY RANKINGS
Unit Smartgreen KKHL telah mencapai kedudukan 1731/1745 atas penyertaan di UI GREENMETRIC WORLD UNIVERSITY RANKINGS pada tahun 2025. Penyertaan di peringkat antarabangsa ini menunjukkan komitmen warga KKHL dalam menyokong ke arah program kehijauan yang mampan dan inklusif dalam institusi pendidikan.