LATAR BELAKANG
Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti. Mesyuarat Majlis Ekonomi Bil. 2/2015 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 19 Januari 2015, telah meluluskan cadangan pelaksanaan TS25 KPM. Objektif Program Transformasi Sekolah antara lain ialah;
1 Mengaplikasi konsep dan amalan PdP terbaik
2 Membangunkan kepakaran dalaman melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan
3 Membangunkan persekitaran pembelajaran yang berkesan dengan mengutamakan kemenjadian murid.
MATLAMAT
Berdasarkan kepada tiga objektif Program Transformasi Sekolah, maka KPM telah menetapkan tiga matlamat utama yang perlu dicapai oleh semua sekolah-sekolah di Malaysia pada tahun 2025, iaitu
1 Memantapkan kepimpinan sekolah
2 Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti pembelajaran dan pengajaran
3 Mengukuhkan pelibatan ibubapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid.