Sekolah Kebangsaan Pokok Sena Kedah telah didirikan di tanah seluas 6 hektar yang terletak kira-kira 1KM dari pekan kecil Pokok Sena dan telah di buka pada 1 Januari 1984. Nama Sekolah tersebut diberi nama sebatang Pokok iaitu Pokok Sena.
Setelah siap pembinaannya, harapan anak-anak kampung yang tinggal jauh dari Pekan Pokok Sena bagaikan cahaya menerangi alam apabila secara rasminya Sekolah ini di buka pada 1 Januari 1984. Pemangkin utama dalam meningkatkan akademik Sekolah baru ialah Encik Ibrahim Bin Abdul Razak. Berbekalkan tenaga pengajar sebanyak 9 orang dan 2 orang pekerja.
Sekolah ini terus berkembang dengan permulaan pelajarnya sebanyak 118 orang. Walaupun bilangan pelajar berada pada tahap rendah, namun bilangan kelasnya turut bertambah dari hari ke hari mengikut pertambahan pelajar. Pada tahun 1994, sebuah bilik khas telah dibina berhadapan sekolah. Tujuan ianya dibina bilik khas ini adalah untuk menyimpan soalan-soalan peperiksaan dari Jabatan Negeri. Oleh sebab jumlah pelajar semakin meningkat, sebuah lagi bangunan telah dibina bagi menampung keperluan tersebut. bangunan yang menempatkan 7 buah bilik darjah ini telah dibina pada tahun 1996.
Kini, jumlah murid SK Pokok Sena adalah seramai 595 orang. Setiap aliran perdana mempunyai 3 buah kelas sekaligus menjadikan jumlah kelas adalah sebanyak 18 buah kelas. Manakala bagi kelas PPKI pula sebanyak 4 buah kelas yang menempatkan 60 orang murid istimewa. Bagi Pra Sekolah pula, bilangan murid adalah seramai 50 orang di 2 buah kelas. Jumlah guru dan staf di SK Pokok Sena ialah 59 orang.