OPR PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW MSSS 2026
OPR PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW MSSS 2026
Tahniah diucapkan kepada pasukan sepak takraw SK Nangoh kerana berjaya meraih emas dalam pertandingan sepak takraw peringkat daerah Beluran pada 29 & 30 Jun 2026. 2 daripada 5 wakil sekolah terpilih mewakili daerah ke peringkat negeri.
Terima kasih juga diucapkan kepada jurulatih pasukan, semua peserta dan juga PIBG SK Nangoh yang banyak membantu dalam melancarkan perjalanan menghantar wakil-wakil ini bermain di SK Sungai Nangka
OPR KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SKN 2026
Kejohanan Merentas Desa telah diadakan pada 29 Januari 2026. Program ini bukan sahaja mencungkil bakat larian murid, malah memupuk semangat juang yang tinggi dan gaya hidup sihat.
Terima kasih kepada semua guru, pengawal lalu lintas, ibu bapa (PIBG), dan murid-murid yang telah ikut serta dalam menjayakan kejohanan ini.
OPR PERKHEMAHAN PERDANA 2025
Tahniah diucapkan kepada Unit Kokurikulum SK Nangoh atas kejayaan menganjurkan Perkhemahan Perdana Unit Beruniform 2025! Program ini telah berjaya melahirkan murid yang berdisiplin, berdikari, dan tangkas dalam kemahiran survival.
Terima kasih kepada semua guru, fasilitator, PIBG, dan para peserta yang memberikan komitmen luar biasa sepanjang perkhemahan berlangsung.
OPR HARI SUKAN NEGARA 2025
Hari Sukan Negara 2025 diadakan pada 13 Oktober 2025. Pelaporan aktiviti adalah seperti dalam gambar. Pelancaran Hari Sukan Negara SK Nangoh berlangsung dengan penuh tenaga dan ceria. Pelancaran Hari Sukan Negara di SK Nangoh menjadi medan terbaik memupuk bakat dan ukhuwah warga sekolah menerusi aktiviti fizikal yang menyihatkan.
OPR PELANCARAN GENERASI MADANI
Pelancaran Kenali Generasi Madani SK Nangoh diadakan pada 25 Ogos 2025 melibatkan pentadbir sekolah, guru-guru, AKP dan semua murid. Program Generasi MADANI (GenMADANI) merupakan inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk membentuk karakter murid yang beradab, berakhlak mulia, dan berintegriti