PROGRAM AGIHAN BUBUR LAMBUK
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Untuk makluman tuan/puan, SK Nangoh akan mengadakan Program Memasak 300 Pek Bubur Lambuk sempena Ihya Ramadan pada esok hari seperti maklumat tertera dalam poster.
Program ini turut digerakkan oleh Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) SK Nangoh.
Sehubungan itu, Panitia Pendidikan Islam merakamkan ribuan terima kasih pada semua yang menyumbang untuk menjayakan program ini.
Sumbangan tuan/puan amatlah kami hargai dan kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.
Didoakan semoga semua penyumbang mendapat ganjaran berlipat ganda dari Allah s.w.t. Amin.
Sekian,
Panitia Pendidikan Islam.
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
Setelah melalui cuti panjang yang penuh dengan kenangan dan pengalaman bermakna, kini tibalah masanya untuk kita melangkah semula ke alam persekolahan dengan semangat yang baharu. Warga SK Nangoh amat berbesar hati menyambut kehadiran kalian semua kembali ke sekolah yang tercinta ini.
Semoga setiap langkah yang dihayun di sekolah ini dipenuhi dengan kegembiraan, ilmu yang bermanfaat, sahsiah yang terpuji serta kejayaan demi kejayaan. Marilah kita bersama-sama mencipta suasana pembelajaran yang ceria, selamat dan bermakna.
Selamat kembali ke sekolah, anak-anak SK Nangoh.
Jom ke sekolah, bina masa depan gemilang!
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Dengan penuh rasa hormat, kami menjemput ibu bapa/penjaga untuk hadir memeriahkan Majlis Persaraan Cikgu Sauna dan Cikgu Maini bertemakan RETRO. Ayuh kita raikan insan hebat ini dalam suasana penuh nostalgia dan kenangan!
📅 Tarikh: 3hb Oktober 2025 (Jumaat)
🕒 Masa: 7.30 malam
🎉 Tema: Retro – berpakaian ala 60an/70an/80an digalakkan
💵 Bayaran Makan Malam
👨👩👧👦 Dewasa: RM20
👧 Kanak-kanak (6–12 tahun): RM15
👶 Bawah 6 tahun: Percuma
Mari kita sama-sama mengimbau kenangan lama dan memberi penghargaan kepada insan yang banyak berjasa. Kehadiran tuan/puan amat bermakna buat kami.
Sekiranya berminat, tuan/puan bolehlah membuat pembayaran kepada Tuan Clement (Bendahari PIBG SK Nangoh) untuk maklumat lanjut.
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Sesi persekolahan akan dibuka semula pada:
22 SEPTEMBER 2025 (ISNIN).
Semua pelajar adalah diingatkan untuk membawa bersama Kad ID Pelajar yang telah diedarkan sebelum ini.
16 SEPTEMBER 2025
MAKLUMAN CUTI PERSEKOLAHAN
CUTI PENGGAL 2, SESI 2025
BERMULA PADA 13 HINGGA 21 SEPTEMBER 2025 🥳🤩
HARI PERSEKOLAHAN AKAN DIBUKA SEMULA PADA:
22 SEPTEMBER 2025 (ISNIN)
PADA 10 SEPTEMBER 2025 (HARI RABU)
BERTEMPAT DI WALAI PISOMPURUAN SK NANGOH
JOM KITA MERIAHKAN BERSAMA 🥳🤩🎉
29 OGOS 2025
SELAMAT BERSARA KEPADA
CIKGU SAUNA
&
CIKGU MAINI
JASAMU DIKENANG
4 SEPTEMBER 2025