SEJARAH SEKOLAH

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Jalan Enam, Bandar Baru Bangi telah ditubuhkan pada tahun 1986 di atas tapak yang disediakan oleh PKNS seluas lebih kurang 2.8 hektar.Pembinaannya bermula pada awal tahun 1985 terdiri dari 2 blok bangunan tiga tingkat,sebuah kantin dan padang permainan.

Pada awal penggal kedua persekolahan 1986,sekolah ini telah memulakan operasinya dengan murid seramai 435 orang dan 17 orang guru.Pada tahun 1991, kelas kanak-kanak bermaslah Pembelajaran(KKBP )telah diadakan. Pada tahun 1993 satu blok bangunan dua tingkat telah didirikan dan boleh diduduki pada tahun berikutnya.

Pada tahun 1988, sekolah telah mendapat satu lagi bangunan 3 tingkat dan bangunan itu telah siap pada tahun 1999 dan mula diduduki pada tahun 2000.

Pada tahun 2005, persekolahan mula dibuka, bilangan murid seramai 25 orang dan pada tahun 2007 Pra PPKI dibuka dengan murid seramai 4 orang. Pada tahun 2009, muridnya adalah seramai 5 orang.

Kini, bilangan muridnya adalah 1555 orang dengan bilangan guru seramai 134 orang dan 17 staf sokongan.

Sehingga kini sejumlah 10 orang Guru Besar telah mentadbir sekolah ini dengan jayanya. Mereka terdiri daripada :

1.       En. Mohd Yusoff Bin Ahmad (01 Jan 1986 hingga 01 Sept 1987)

2.       En. Abd Jalil Bin Hj Ridzuan (01 Sept 1987 hingga 15 Sept 1989)

3.       En. Mohd Yusoff Bin Ahmad (16 Sept 1989 hingga 31 Okt 1992)

4.       En. Amir Bin Katin (01 Nov 1992 hingga 30 Nov 1993)

5.       En. Roslan Bin Abdullah (01 Dec 1993 hingga 21 Dec 1997)

6.       Pn. Khatijah Binti Yusof (21 Dec 1997 hingga 16 April 2011)

7.       Pn. Rosnah Binti Hamzah (16 April 2011 hingga Mac 2017)

8.       Pn. Hjh Sadiah Binti Ahmad (2 Mei 2017 hingga Mac 2019)

9.       Pn. Zaharah Binti Saleh (Mac 2019 hingga Mac 2022)

10. En. Azril Sham Bin Mohamed ( Mac 2022 hingga kini)