MISI, VISI & PIAGAM SEKOLAH

MISI SEKOLAH

SK JALAN ENAM melestarikan satu sistem pendidikan berkualiti merangkumi kepimpinan, pengurusan organisasi, kurikulum, kokurikulum dan sukan, hal ehwal murid serta pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bagi membangunkan potensi murid dalam memenuhi Aspirasi Negara.


VISI SEKOLAH

SK JALAN ENAM mengupayakan sistem pendidikan yang berkualiti dan berkesan untuk melahirkan insan cemerlang dari segi intelek, kognitif, afektif, konatif dan sosial menjadi generasi yang dapat menjamin kesejahteraan bangsa dan Negara.

PIAGAM SEKOLAH

Kami warga SK. Jalan Enam bersedia dan berjanji akan sentiasa mengutamakan pendidikan untuk semua bagi menghasilkan budaya sekolah cemerlang dan penyayang serta sedia melayan, membantu, memberikan kerjasama kepada ibu bapa dan masyarakat dengan penuh kesopanan.