PROFIL SEKOLAH SKBBB
'Menjana Generasi Unggul'
Scroll down for Guest Mode
OR
Log In for Teacher's Mode
Untuk Perkembangan Terkini :
'Menjana Generasi Unggul'
Scroll down for Guest Mode
OR
Log In for Teacher's Mode
SK Bandar Baru Bangi dahulunya dikenali sebagai SRK Bandar Bandar Bangi telah ditubuhkan pada 11 April 1981 dan beroperasi secara rasmi pada 2 Mei 1981 dengan satu blok, lapan bilik darjah dan sebuah kantin. Pada masa itu, hanya terdapat 177 orang murid dan lapan orang guru daripada tahun 1 hingga tahun 4 sahaja. Encik Abdul Majid bin Abd. Wahid
terpilih menjadi Guru Besar yang pertama.
Pada tahun 1982, kelas tahun 6 telah dibuka. Kumpulan pelajar pertama yang menduduki Penilaian Darjah 5 memberi keputusan yang amat membanggakan. Seramai 17 orang pelajar mendapat 5A. Pada bulan April 1982, PIBG telah ditubuhkan. Dr. Mohd Khalid B. Mohd Noor menjadi YDP yang pertama. Semasa kepimpinan Guru Besar yang ke-2 iaitu En. Abdul Manap b. Ahmad, dua blok bangunan yang mengandungi 16 buah bilik darjah telah dibina. SK Bandar Bandar Bangi telah dinaikkan ke “Gred A” semasa Guru Besar yang ke-3 iaitu Tn. Hj. Hamzah Maamur b. Sulaiman.
Tahun 1991, empat buah lagi bilik darjah telah ditambah. Bilangan murid pada masa itu meningkat seramai 2150, 81 orang guru serta enam orang kakitangan sokongan. Pada tahun 1994, sebanyak enam buah bilik darjah lagi ditambah. Keputusan UPSR pada tahun 1995 amat membanggakan. Seramai 144 orang calon telah mendapat 5A. Pada awal tahun 1996, 1000 orang murid telah dipindahkan ke sekolah yang baru dibuka iaitu SK Jalan 3, Bandar Baru Bangi menjadikan kepadatan SK Bandar Baru Bangi agak selesa.
Pada masa itu, bilangan murid adalah seramai 1445 orang, sekolah telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti Makmal Sains, bengkel KH, Bilik Muzik, Bilik Pemulihan, Makmal Komputer, Pusat Sumber dan Surau. Bilangan guru seramai 84 orang dan 11 orang staf sokongan. SK Bandar Baru Bangi kini telah meraih banyak anugerah di peringkat daerah. Pada tahun 2005, sebanyak lapan anugerah tertinggi telah dirangkul dan tujuh anugerah lagi pada tahun 2006. Keunggulan SK Bandar Baru Bangi terbukti apabila terpilih menerima Anugerah Sekolah Mithali Tabung Haji 2005. SK Bandar Baru Bangi telah terpilih mewakili Negeri Selangor ke Pertandingan Sekolah Harapan Negara 2005 Peringkat Kebangsaan dan mendapat Naib Johan Sekolah Harapan Negara pada tahun 2006. SK Bandar Baru Bangi juga telah mewakili daerah dalam pertandingan 3K peringkat Negeri Selangor pada Tahun 2006.
SK Bandar Baru Bangi terus mengekalkan peratus peningkatan dalam keputusan UPSR. Ini membuktikan SK Bandar Baru Bangi masih unggul dalam kelompok 10 buah sekolah terbaik di Daerah Hulu Langat sehingga tahun 2017 . Berdasarkan prestasi tersebut maka pada tahun 2013, SK Bandar Baru Bangi berjaya memperoleh Anugerah Tawaran Baru Guru Besar (BAI’AH) . Ini melayakkan SK Bandar Baru Bangi memohon Anugerah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) . Pada 1 Julai 2015, Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi telah dinobatkan oleh KPM dengan Anugerah Sekolah Kluster Kecemerlangan 2014.
Pada tahun 2019, bilangan murid tahun1 hingga tahun 6 telah meningkat kepada 1,664 orang dan murid prasekolah seramai 50 orang. Pada bulan Julai 2019, tiga kelas di bangunan Blok D telah diubahsuai kepada empat Kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), sebuah bilik pengurusan diri dan juga dua tandas murid PPKI. Kelas PPKI ini mula beroperasi pada 2 Oktober 2019 dengan bilangan guru seramai enam orang, 34 orang murid dan seorang pembantu pengurusan murid. Pada tahun 2020 hingga 2022 Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PDPR) telah diperkenalkan dan ia juga merupakan norma baru dalam sistem pendidikan di Malaysia bagi menangani penularan wabak Covid-19. Komitmen dan keprihatinan semua guru, staf SK Bandar Baru Bangi dan PIBG sangat diperlukan untuk terus menjayakan agenda selaras dengan saranan oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri Selangor ini.
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
SK Bandar Baru Bangi mengupayakan sistem pendidikan yang berkualiti dan berkesan untuk melahirkan insan cemerlang dari segi akademik dan sahsiah menjadi generasi yang dapat menjamin kesejahteraan bangsa dan negara
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
SK Bandar Baru Bangi menyediakan satu sistem pendidikan berkualiti merangkumi kepimpinan pengurusan organisasi kurikulum, kokurikulum dan sukan, hal ehwal murid serta pengajran dan pembelajaran yang berkesan bagi membangunkan potensi murid dalam memenuhi Aspirasi Negara.
Di sini tempatku belajar
Menuntut segala ilmu
Menulis membaca dan juga mengira
Panduan bimbingan guru
Marilah semua
Kita memajukan
Sekolah yang dicintai
Bidang pelajaran
Juga permainan
Bersama kita jayakan
Rukunegara dipandukan
Curahkan taat setia
Semoga menjadi
Satu kebanggaan
SKBBB tercinta.